Sunday, November 21, 2010

.::Jumpa Ini::.










apa sahaja luahan di 'wall' insan ini tentang mak, mesti buat ana mengalir airmata.. memang sudah fitrah 'kaum' seperti dia jarang mahu berkongsi tentang hati dan perasaan secara berdepan.. masa mak meninggal dulu pun, ana tak nampak dia titiskan airmata.. dia cuma diam dan tekun menimbus kubur mak pada malam itu.. esok paginya bila dia sedar telefon bimbitnya tidak ada, ada saudara yang mengagak mungkin telefon itu tercicir ketika dia sibuk di kubur semalamnya..

tapi pada hakikatnya, dia memang anak mak.. ya, sangat!

dari kecil dia tak betah tanpa mak.. apa sahaja yang dia lakukan, dia beritahu mak.. dia jugalah satu-satunya anak mak yang dari kecil, setiap kali periksa mohon mak doakan.. anak mak yang seorang lagi tak reti nak bermanja begitu dengan mak.. masuk dewan periksa pun main redah sahaja.. cuma bila dah masuk universiti baru pandai nak mohon mak untuk doakan.. tapi ana tau, doa mak sentiasa mengiringi kedua-dua anak mak walaupun tanpa di minta..

dia ke asrama seawal 13tahun (yang tepatnya 12tahun 2bulan).. setiap hari dia tak lupa telefon mak walaupun semasa sebulan orentasi.. hari pertama di asrama, dia curi-curi menggunakan telefon awam di bangunan sekolah pada jam 3pagi semata-mata mahu dengar suara mak! 

di sebabkan dia selalu telefon, maka mak ada hobi baru - mengumpul duit 50sen.. sampai kalau mak nampak baba ada duit syiling 50sen pun mak suruh baba masukkan ke dalam tabung.. setiap kali dia pulang ke rumah atau kami ke sekolah dia, tabungan duit syiling 50sen bertukar tangan..

hobi itu bermula sejak tahun 1998 hingga ke akhir hayat mak dan sampai sekarang kalau baba dapat tukaran syiling 50sen, baba rasa serba salah nak belanjakan.. sudahnya, baba pun dah mengumpul syiling 50sen..

kalau balik ke rumah, dia akan tidur di riba mak.. paling menyampah kalau tengok masa mak meneman dia tonton cerita seram.. mak cool je.. yang dia dah terjerit-jerit sambil tangan menarik kain batik mak buat bahan menutup mata.. (ok memang jeles benarnya!)

mak memang penyokong kuat anak-anak.. (sekarang dah nampak ciri-ciri yang sama pada baba.. dulu baba menjadi pembangkang kepada setiap projek, untuk menyeimbangkan keadaan..) apa sahaja yang anak-anak rancangan nak buat yang melibatkan wang ringgit, mak sedia menjadi penaja..

bila dia sambung belajar lebih jauh dari rumah, dia rajin mengepos coklat ke rumah walaupun dalam rumah tu hanya mak seorang sahaja 'hantu' coklat..  selain coklat, apa sahaja benda yang dia makan di sana, dia pos balik ke rumah.. nak bagi mak rasa katanya.. sebab dia anak mak!

dia konvo masa mak dah terlantar.. walau dalam keadaan ingat-ingat lupa itu, mak tak lupa pada dia.. mak berkeras nak hadir ke majlis konvo dia.. tapi apakan daya, keadaan memang sangat-sangat tidak mengizinkan.. maka dia konvo tanpa dihadiri seorang pun dari kami.. mak di rumah sampai menangis-nangis.. kata mak, "sampai hati tak bawa mak pergi tengok dia konvo.. kesian dia seorang-seorang ambil scroll..mak teringin sangat nak tengok anak mak pakai jubah.."

ye, itu satu perkara yang sangat ana terkilan.. sampai sudah hajat mak itu tak tercapai..

habis sahaja belajar, seluruh masa, dia menjaga mak.. berbulan-bulan dia di rumah.. bila di tanya, bila nak lapor diri kepada satu syarikat yang pernah dia menghadirkan diri untuk temuduga ketika masih di sana, untuk mengkhabarkan bahawa dia sudah tamat belajar, dia kata, "nanti-nantilah.."

setelah di desak baba yang risau jika makin lama di peram, scroll nya itu jadi tidak laku dan risau syarikat itu mungkin hilang minat untuk mengajinya, akhirnya dia berangkat ke Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik panel syarikat berkenaan.. dia berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 12 tgh mlm 21 Disember 2009 dengan menaiki keretapi.. ketika itu masuk hari ke 7 mak dalam keadaan tidak sedar di wad..

setelah siap urusan di Kuala Lumpur, dia terus ambil bas pulang semula.. petang itu dalam pukul 4.00 petang dia sampai di rumah.. lepas mandi, dia terus keluar untuk solat dan hendak terus ke wad katanya.. walaupun merata dia pergi hari itu, mak seakan menunggu dia.. sampai sahaja wad, dia pegang kaki mak.. dia betulkan selimut mak.. tiba-tiba dia rasa lain macam.. ya, mak pergi lebih kurang 5 minit selepas dia sampai.. walaupun orang lain yang meneman mak sepanjang mlm dan hari tersebut, hanya dia seorang yang dapat mengadap ketika mak menghembuskan nafas terakhir..

ALLAH memang MAHA MERANCANG, dan hanya perancangan ALLAH yang terbaik.. dia liat untuk mencari kerja kerana risau tiada siapa hendak membantu baba menjaga mak di rumah.. 

dua minggu selepas mak kembali ke rahmatullah, dia diminta lapor diri untuk kerja, iaitu pada tanggal 5 Januari 2010.. tarikh yang sama merupakan ulang tahun kelahiran mak..

hari ini, ana dapat lihat permulaan kejayaan dia..

seperti kata dia, "We sail the hardships together but you leave me to alone to enjoy the victory"

May Jannah be yours, mak..



No comments: