Sunday, August 29, 2010

.::Apa yang Perempuan Islam Perlu Tahu::.

sedikit perkongsian berkaitan solat dan haid..

umum yg kita tau kalo dtg haid xperlu solat atau mengqadakan solat tersebut selama dtg haid.. apa yg perlu di highlight di sini ialah SELAMA DATANG HAID..

ade sesetgh dr kita tak tahu yang ada waktu solat yang perlu di qadakan.. sbkn simply burn mcm tue je.. sekadar nk berkongsi ilmu yg di copipes..

.

.

.

ehsan incik google



Isu

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)




HURAIAN MASALAH :

Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.



Dalam perkara solat subuh pun sama :

perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya


Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

.

.

.

ni ana tambh sikit, sama juga halnya kalo kita dtg haid cthnya dlm waktu zhur, tp blum sempat tunaikan solat zhur, maka solat tersebut perlu di qada..



random 1: moga kita dpt berpesan2 agar ibadah yg kita lakukan menjadi lbh sempurna di cc ALLAH SWT.. jgn lupa, bersegeralah dlm mandi wajib..


Saturday, August 14, 2010

.::Senang Lagi Puasa::.

ingin ana ulas sedikit tentang isu dlm akhbar hari ini di mana ada sebuah premis yg di serbu kerana menyorokkan mknn yg telah siap di bungkus utk di jual kpd mereka2 yg tidak berpuasa, ke dlm lif pengangkut barang...

kalau kita kaji mesti gigih golongan peniaga ni nk masak, bungkus dan kemudian terpaksa melakukan semua kerja2 ni scara sembunyi2 dan kemudian angkut pulak mknn yg telah siap di bungkus ni utk di sorokkn.. rajin kn?

lps tue kita kaji pulak bg pihak org yg tak puasa tue.. betapa mereka ini seorg yg berjiwa kental utk pergi juga beli mknn ni di kedai dan mengambil segala risiko agar tidak di lihat org..

patut di puji ke sifat gigih, rajin dan kental ni??

ehsan pcik google


susah sgt ke nk ikut perintah ALLAH?

pgalaman ana yg dpt cuti dr ALLAH ni pn rs susah bebenor nk curi2 mkn supaya org2 yg berpuasa lain dlm umh ni (esp. abg ngn baba la kn) x nmpk.. dl pn dpt la seludup mknn sahur masuk bilik bila mak tlg bubuhkn dlm pinggan dan hulur senyap2 kt ana.. so mknn la ko blkg pintu bilik tue ha.. (ana kn pemalu uols.. woha!)

pd ana lg senang puasa jela.. ALLAH nk bg rahmat, nk bg keampunan.. knp kita tak nk? ALLAH Maha Tahu knp disyariatkn begitu, xmati de nye puasa dr terbit fajar smp terbenam matahari....


random 1: sesungguhnya hidayah tue milik ALLAH.. moga kita terpilih mendapat hidayah-NYA sehingga saat kita di jmpt kembali kpd-NYA..

random 2: Al-Fatihah buat 3org saudara kita yg terkorban dlm tragedi bazar ramadhan di jasin.. sesungguhnya stp kejadian mengandungi hikmah bg mereka yg mahu berfikir.. ALLAHuakbar

Friday, August 13, 2010

.::2 Ramadhan::.

alhamdulillah smlm slmt juga jejak rumah.. ngam2 pas bkk tudung, terus azan maghrib.. rindu gilak sama ini 'pekan' tepeng.. sebln xblk rs mcm arghhhh serabut pale.. nape eh jd gini??? sejak mat3x lg..

kali ni baba xleh nk halang la kan ana nk blk... muncung dh sedepa pastu sore pn dh serak2 basah sket.. haha.. (ada tipu di situ)

atas bas dh roger2 soulmate ana cik yas gto otw blk.. x sangka mlm tue jugak dia ajak kuar, supper. glabah gak la nk mtk izin kt baba.. biasa mmg xlps la memlm buta nk kuar.. tp rahmat ramadhan agak nye, pejam mata je baba kasi.. (tipu gak kt situ, baba yg tgh tido2 ayam tue bukak gak la bijik mata b4 bg izin tue)

misi supper sebenarnya sbb nk jmp lg dua org kwn convent.. phau, yg ana pnh cite tserempak ala2 filem hindustan dan Bhrendtha..


cik Brend yg skrg dh masuk fasa dentist praktikal dan dah nk kena blk india semula isnin ni... mmg lama xjmp dia.. sejak hbs SPM.. sama jugak kes mcm phau dl...

mula2, ana ngn yas dua-dua tolak-menolak ms nk melangkah g jmp dorg sbb dh lama sgt x jmp.. iso dh xleh nk mesra cm dl... tp mmg xla.. gegak gempita gak pelita nasi kandar mlm tue..

last2 kul 12.30mlm br teringat nk blk umh.. cuak gle gak la.. selalu blk kul 7mlm pn baba dh mula buat perang dingin xmo ckp 3ari.. yas pn dh ckp kalo mak dia x kasi masuk nnt dia dtg blk umh ana.. hahaha

tp masih terasa rahmat ramadhan di situ bila baba xmrh lgsg.. hahaha.. syukur..


random 1: apa budak dentistry, dak sivil ngn dak sains marin lgsg xde idea psl estate management... leh dorg ingt estate management tue kursus utk jd mandur estate.. ajar pekerja2 cara2 nk toreh getah.. redha jela..

random 2: mira mrh ke xblk tunang dia mggu lps... msg x reply, call x angkat.. agaknye dia g terawih dr kul 930mlm smlm smp ptg ni kot.. ;)

random 3: int, terbaik la photoscape ni..hahaha

Tuesday, August 10, 2010

.::Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?::.





Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para

jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan

keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga"

dan juga menyampaikan ceramah agama.



Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan

keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut

keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat

lebat.



Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya

sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu

menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku

tentang Islam ini".


Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat

pulak".


Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah,
adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"



Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..".


Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya

pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata,

"Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun
ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia
memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu

naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk

hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil

mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ

lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di

lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu

hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.

Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi

tetapi masih tiada jawapan.



Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti
ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan
lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya

supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini

dengan perlahan pintu dibuka.


Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah
kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh
saya bantu awak, wahai budak?".

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi,
budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu
makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan
sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah
buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang
Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai
kebahagiaan daripada-Nya" ..

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk
balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya
anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah
agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada
sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".




Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan

jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir

sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk

agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya

telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya

sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."




Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya
telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk
hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki

loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu

palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali

satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas

kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya

hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat

bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan

pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng

semakin kuat dan bertubi-tubi.


Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan
kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh

buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa

dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke

pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,

di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang

bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini

di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak
gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya

menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula,

seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.



"Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi

dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya

sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.

Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya

menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis

di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk

mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.


Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya
sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang

dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam

neraka.



Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka

melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam
iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan
di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin

tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di

alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih

sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..



Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di

sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah

untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah

hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.



Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu

kita dalam semua perkara yang kita buat.



Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

".pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan

kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan

umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,

sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku

telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu

kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu,
maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang

diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka

bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi

Maha Mengasihani"

Sunday, August 8, 2010

.::Andai Ini Ramadan Terakhir Kita::.

 
 
bersempena dgn bln Ramadan yg bakal menjelang tidak lama lg, dgn rendah hati ana ingin memohon maaf atas segala khilaf yg telah ana lakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak..
 
mohon juga di halalkan, mkn, minum, ilmu dan segalanya..
 
kemaafan ana pohon dan ana berikan insyaALLAH buat semua saudara, sahabat, dan kenalan, walau bertemuanya kita hny di alam maya dan walau sedetik cuma..
 
moga dgn kemaafan yg diberikan, segala ibadah yg dilakukan di berkati ALLAH SWT.. sama2 doakan kita istiqomah mencari redha-NYA.. moga hidup dan mati kita hny kerana-NYA...
 

Friday, August 6, 2010

.::Kembali Jejak::.

Smlm dpt panggilan dr baba ttg sepupu ana yg tiba2 di masukkan ke HUKM (PPUKM) dan terus dilakukan pembedahan kepala bg membuang darah beku..

maka arini ke HUKM utk menziarah.. ana ingt ana kuat.. tp tah kenapa hampir tiba ke sana, bdn ana rs menggigil.. rs seram sejuk tiba2.. tak tahu fobia pd hospital kah atau fobia pd HUKM kah...

aturan langkah utk ke wad kak mah pn terasa sumbang dan lemah..

seorg sahabat menegur kata muka ana nmpk lain.. pucat katanya..


random 1: tnp sedar masa pantas berlalu walau kita masih hanyut tah ke mana dan insyaALLAH, mggu hadapan sinar Ramadan kembali lg membawa bersama seribu satu rahmat dan keampunan buat kita semua..

dan pastinya tanggal 3 Ramadan juga smakin hampir.. rupanya sudah dua tahun berlalu.. dua thn lalu juga kali pertama ana ke HUKM dan harini br ana jejak semula ke sana.. Al-Fatihah buat Farah Fatin Jamil.. walau x rapat, namun pemergiannya memberi kesan buat ana..


random 2: mohon para sahabat mendoakan sepupu ana Kak Mah moga dikurniakan syifa' oleh ALLAH SWT.. syukran jazilan..

.::Masa::.

kebelakangan ni ana rs kn seperti masa yg ana ada terlalu suntuk..

tp xtau masa apa yg dirasakan suntuk..

nk kata ms utk submit assignment, assignment br je dpt bebrapa hari lps..

nk kata masa nk ke final exam, semester baru, baru je bermula..

sguh ana rungsing dgn rasa yg timbul tnp diketahui hujung pangkalnya..

yg pasti ana rasakan semua perkara ana perlu lakukan secara PENTING SEGERA..

Ya ALLAH, mohon dikurniakan yg terbaik dlm setiap perkara, dunia dan akhirat..

Wednesday, August 4, 2010

.::Adik Sudah Besar Skrg::.

nmpknye adik kecik sudah langkah bendul.. patut bg sepersalinan utk k aiman ngn k aneh..


anak perak sejati..



bersama rakan sebaya =p

 
neway, epi 4 u adik.. cepat2 cari keje, pastu leh kasi kitorg duit raya thn ni.. caya la..

k aiman n k aneh tetap sebaya =p

again, congretz ya.. =)


video

.::Nostalgia kan::.






















random: err, video yg last ni tiba2 je kn.. haha

Sunday, August 1, 2010

.::We Are Same::.

I noe he miss her

me too..

only last nite i dream of her..

smiling without saying anything..

syukran Ya ALLAH for giving me the opportunity to see her smile again..

how i miss it..



.

.

.

.

.


updated:


alhamdulillah.. setelah hampir sbln x blk, arini dpt tgk 'rumah' mak kt tv.. syukran Ya ALLAH..