Friday, December 31, 2010

.::Melayan Tag Cik Aidah::.

Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat pada cik aidah sebab memberi bahan untuk ana update blog ni.. hehe..


1. Apa benda yang penting dalam hidop ko?
ni bkn la benda eh, tp FAMILY.. baba, mak n abg..

2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
duit sendiri?? kalau ikutkan memang tak adalah..

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
yang pasti pastilah di tanah tumpah darah ku..tempat yang tepat, tak pernah fikir lagi.. kalau di rumah tenaga kerja perlu ramai.. sedangkan jumlah ahli rumah dah berkurang.. maka, ianya subjektif.. sama juga dengan tema, tak pernah nak fikir pun lagi.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ingin sangat nak jatuh cinta sepenuhnya dengan ALLAH (serius).. tapi rasanya hatinya selalu lalai.. T_T kena sentiasa berusaha ke arah itu..mohon didoakan

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
infinity

6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
jumpa secara nyata, tak pernah..tapi tahu DIA selalu ada..

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Rayyan Fantasi..karya terbaru pakcik Ramlee..

8. Apakah nama penuh korang?
cey tengok nama blog, lepas tu tokok tambah sikit ^_^

9. Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?
dulu both.. tapi kalau masa nak minta apa-apa, akan jadi 'terlalu sangat' mesra dengan mak sebab mak senang komplot... sekarang of kos baba.. kerna mak sudah terbang pulang

10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Zabedah Abdullah.. mimpi pun jadilah..


11. Adakah korang basuh baju sendiri?
kalau di asrama, yup2..

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
ana bukan jenis suka berjalan/melancong.. maka rumah mak ayah lah yang paling-paling nak pergi..ni ada dekat rumah pun rasa rindu juga pada rumah ni.. ^_^

13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
peluk sebab ianya normal untuk umum (sesama kawan atau famili).. bila orang peluk, rasa kekuatan meresap masuk bila diri mula goyah..

14. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
(a) nak grad sesi depan..dah lama rasanya nyusahkan baba..
(b) nak kerja dekat dengan rumah parents.. senang temankan baba
err, itu je rasanya yang nak sangat-sangat.. lain-lain tu, nak biasa-biasa je.. hee

15. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
tak ada istilah paling suka... sebab kalau ana suka pun hanya untuk seminggu dua je.. dalam tempoh tu memang akan dengar hari-hari.. lepas tu dah rasa nak termuntah dengar (maka dah mula benci pulalah kan..*wink*)

16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
oh oh.. kalau baca balik entri lama-lama akan jumpa kot tarikhnya.. eh bukan tarikh, bulannya sahaja.. hm, kalau tahun lepas, acik dengan angah sambut birthday ana di 4th..(nasib ada buat entri, kalau tak, harammm x ingat)

17. 6 orang blogger yang korang nk tag.
6??? pergh.. yang terbayang dalam kepala seorang je.. Alin.. hee

18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
bakal doktor gigi.. muda setahun dari ana, tapi rasanya matured dari ana.. setiap kali berborak dengan dia, ana mesti dapat belajar sesuatu yang baru.. ^_^

Tuesday, December 21, 2010

.::Lama-lama Mungkin Tak Ada::.

selalunya mood nk berblog akan turun naik.. tapi nampak gayanya sekarang mood dah turun dan semakin menurun.. tak nampak gaya macam akan naik.. 

nak masuk menjenguk blog sendiri pun dah tak ada rasa.. nak klik dashboard pun hilang selera..

maka, dengan itu nak minta ampun awal-awallah sebab memang akan semakin jarang update cerita-cerita di sini.. kalau ada dan RAJIN untuk menaip di sini inysaALLAH, adalah khabarnya ya.. =)

dengan cuaca yang seakan nak turun salji ni, secara rasminya AIMAN HADI akan berhibernasi.. he he he

Saturday, December 11, 2010

.::Misteri di Subuh Hari::.


Pagi ni ada mood teman ayahanda berjalan menyihatkan badan.. keluar rumah pukul 6.15 pagi.. habis satu daerah (ok, tipu) kami jelajah.. baru suku jalan, hujan turun (haruslah, kata raining town).. mujur dah ikut pesan orang-orang tua dulu, sediakan payung sebelum hujan..

hendak jadi cerita, dalam suasana romantik masih gelap dengan hujan yang semakin melebat, ana terpandang kelibat rusa dalam kawasan laman rumah seorang jiran.. terus terlolong-lolong jerit panggil baba yang masa tu dah agak ke depan..

"ba, rusa!"


"mana.....?"

"tadi ada kt dalam sangkar dekat belakang rumah tu"

"mana dia?"

a'ah, mana dia??? kelibat sangkar pun dah tak nampak.. aih sudah.. tadi jelas sesangat memang ana nampak rusa.. dan ana cukup yakin rusa tu pun nampak ana.. sekarang mana dia hilang??

baba yang dah macam malas layan terus berjalan ke depan.. ana yang masih tak puas hati terus meninjau-ninjau ke halaman belakang rumah tersebut..

bila tengok baba dah agak jauh, ana pun maju jugalah ke depan.. tapi mata masih tak putus asa ye..

tiba-tiba, nampak kelibat dia di sebelah sini laman pula..

terus jerit panggil baba..

"haaa..kan dah cakap rusaaaa.. siot je rusa ni, buat orang ingat Harry Potter datang buat jampi EXPECTO PATRONUM tadi!"

-
-

-

-

-

-

-

-

-

-


ok serius, lepas tak nampak kelibat rusa tu tadi, ana tertinjau-tinjau kot-kot ada Harry Potter pula dekat-dekat situ!

Friday, December 10, 2010

.::4 Muharram::.

sungguh, masa sangat pantas berlalu.. dalam ingatan, dalam kerinduan, rupanya sudah setahun..

moga damailah mak di sisi ALLAH SWT..

Al-Fatihah.

Monday, December 6, 2010

.::Jiran Saya::.

hari ini ulang rekod pribadi memandu dari Kuala Lumpur ke kampung halaman dalam masa 2jam setengah.. abang tanya, "kenapa, ada orang kejar ke?? dah tak reti nak bawa perlahan???" hoh, sangat kecoh.. mana nak tahu, hari ni semua kenderaan atas PLUS tu bawa 140-150km/j.. ikut aje lah!

sampai sahaja, baba ajak makan kenduri.. hoh takmo takmo..

lepas asar, baba cuma beritahu hendak ke rumah jiran lama kami sewaktu duduk di kuarters, terus melompat ana nak ikut..

apa istimewanya???

jiran lama ini ana panggil mak cik pah.. tahun ni berusia 67 tahun.. dah lama ana tak jumpa dia sekeluarga.. rasanya hampir 5 tahun.. 

apa istimewanya???

waktu di kuarters, rumah kami bersebelahan.. di rumah itu ana lahir dan dari umur sesaat itu ana berjiran dengan mak cik pah dan pak cik ucop sekeluarga.. keluarga mak cik pah ada 6 orang termasuk 4 orang anak.. ana kenal rapat dengan 3 anak mak cik pah.. mereka sudah macam abang dan kakak-kakak ana.. yg sulung ana tak kenal (mak ana cakap anak sulung mak cik pah perempuan.. meninggal masa umur 17 tahun - mengejut..ketika baru balik dari latihan sukan sekolah), abang yusri, kak liza dan kak linda.. satu keluarga ini sangat ramah orangnya.. tambah dengan loghrat kedahnya..

nak cakap tentang jasa, pada ana banyak jasa mereka sekeluarga pada ana.. paling ana ingat, masa umi (kakak sulung mak ana) sakit dulu.. 

masa kecil memang rutin setiap hari ana, wajib kena tidur petang.. wajib ini maksudnya di suruh ya, walaupun mata segar-bugar... 

seperti biasa, ana tidur petang itu dan langsung tak sedar bila ambulans datang rumah dan bawa umi ke hospital.. mak dan anyah (kakak no 2 mak) pun turut umi naik ambulans.. maka terkulat-kulat ana bila bangun tengok rumah kosong.. untuk lebih spesifik, masa kecil, ana jenis cengeng. kuat nangis. maka, duduklah berteleku dekat muka pintu sambil menangis.. tak lama lepas tu mak cik pah datang temankan ana di rumah sebab ana tak mahu ke rumah dia.. (memang sangat mengada)

beberapa jam lepas tu, baba balik rumah dan macam tergesa-gesa.. lepas cakap-cakap dengan mak cik pah, baba keluar semula.. lepas tu, ana tengok mak cik pah pula sibuk menyusun segala perabot dalam rumah ana.. rupanya, umi dah tak ada.. mak cik pah memang orang kuat kami sekeluarga di saat-saat sukar begitu..

waktu anyah masuk wad di HKL, mak cik pah dan pak cik ucop sekeluarga turun ke KL untuk ziarah.. boleh kata semua mak cik dan pak cik ana mak cik pah sekeluarga kenal..

selepas anyah pula meninggal, tinggallah ana dan abang dua beradik di rumah.. masa itu ana darjah 1.. kalau sesi sekolah ana tak sama dengan abang, maka ana akan duduk di rumah mak cik pah.. makan minum, mak cik pah yang masakkan.. kalau kak linda dan kak liza di sekolah, mak cik pah yang akan teman ana main.. bila kak liza dan kak linda balik, mereka pula akan teman ana.. terutamanya kak linda, sebab masa tu kak liza dah upper six, kak linda pula sekolah menengah.. ingat lagi, dia yang ajar ana main enjit-enjit semut..

unik tentang kak linda sebab dia panggil mak ana 'kak dah', tapi baba ana dia panggil 'pak cik hadi'.. sampai sekarang.. ni semua gara-gara baba garang sangat waktu mengajar dia mengaji.. setiap kali habis mengaji, dia mesti berjalan balik dalam keadaan menangis tersedu-sedan.. kesian..

dalam tahun 1995-1996, kami - penduduk kuarters dapat notis untuk pindah ke tempat lain sebab kuarters itu hendak dirobohkan.. maka, sejak itu kami dah tak berjiran lagi.. tapi ukhwah masih terjalin..

tahun 2002 atau 2003 ana dah tak ingat, beberapa bulan sebelum kak linda kahwin, pak cik ucop kembali ke rahmatullah.. satu ujian yang besar buat keluarga mak cik pah.. tapi ujian mereka tak berhenti di situ sebab selang beberapa bulan selepas kenduri kak linda pula, abang yusri ikut jejak pak cik ucop.. abang yusri pergi mengejut.. waktu mak terima panggilan telefon dari mak cik pah tu, ana pun sedih sangat.. kalau tak salah waktu itu, abang yusri baru dapat baby baru.. isteri dia pun masih dalam pantang waktu tu (tak pun baru habis pantang, tah dah lupa)..

takdir ALLAH, 3 tahun selepas tu, kak liza pula di jemput ALLAH.. juga mengejut - jatuh di bilik air.. sangat sedih masa tahu.. paling ana ingat tentang kak liza, dia sangat murah senyuman.. ramah, jangan cakap.. sangat rendah diri orangnya walaupun grad dari UK - kos electrical engineering.. zaman tu, masih susah lagi orang kita nak sambung belajar ke seberang laut..

dari sebuah keluarga yang agak besar pada ana (sebab ana 2 beradik je), kini hanya tinggal mak cik pah dan kak linda.. 3 anak mak cik pah meninggal muda.. ana dapat tau, kak linda pun tak sihat sekarang.. masalah jantung.. doktor suruh pasang bateri pada jantung, tapi kak linda cakap takut nak operate.. kalau ana pun..... =(

sekarang mak cik pah duduk dengan menantu dia - suami kak liza.. tolong jaga 3 orang anak kak liza.. yang paling bongsu sekarang umur 4 tahun.. masa kak liza meninggal, umur dia setahun.. masih menyusu badan.. kata mak cik pah, anak bongsu kak liza baru boleh cakap masa umur 3 tahun.. menurut doktor, ianya normal berdasarkan apa yang terjadi, sebab baby pun dapat rasakan trauma kehilangan mak.. sedihnya dengar ='(

suami kak liza pula tak mahu kahwin lain walaupun mak cik pah sendiri beria suruh dia kahwin.. setia sungguh kan..

mak cik pah kata, sofea (anak bongsu kak liza) tak mahu tengok gambar kak liza.. kalau tengok pun dia akan kata itu gambar mak su dia (kak linda).. huaa tahan air mata je dengar.. mungkin sofea rindu sebenarnya pada mama dia.. ='(

sebenarnya, budak kecil jarang nak melepak dengan ana, tapi lain pula dengan sofea.. siap datang baring-baring lagi.. perasaan sayu tu jangan cakaplah waktu main dengan dia.. teringat dulu mama dia pernah teman ana main.. ='(

sikit terkilan tadi tak sempat jumpa kak linda, sebab dia dah balik ke kedah tak berapa lama sebelum ana dan baba sampai sebab esok dah mula kerja.. 

mohon semua doakan kak linda panjang umur dan sihat sentiasa.. syukran..



random: bila buka cerita pasal kuarters, rindu sangat-sangat pada mereka-mereka di zaman itu.. tapi kebanyakkan dah tak ada lagi.. ='(

satu yang ana tak suka tentang kuarters tu sebab dapurnya di luar rumah..design - typical old quarters.. maka kalau malam-malam nak basuh pinggan ke apa, kenalah menempuh gelap dulu.. ana dah lah fobia gelap.. setiap kali hendak ke dapur, ana pasti lari laju-laju turun tangga (mak atau anyah wajib tunggu ana dekat muka pintu) dan akan kembali ke atas rumah dengan sepantas kilat.. tapi selalunya awal-awal lagi ana dah tersungkur dekat batu simen dekat anak tangga terakhir tu.. karang terpaksalah mak atau anyah turun pula kutip ana.. sampai kekal benjol dekat dahi kiri ni ha..


random 2: mohon doakan juga buat pak cik Rahman (ayah kawan baik ana) moga cepat sembuh.. aminn

Saturday, December 4, 2010

.::Seronoknya Dengar!::.

Eh eh, pukul berapa umumkan subsidi minyak petrol dan barangan lain di kurangkan semalam???? 

seronok sampai lompat-lompat dapat tau pagi ni!


**baca: harga pertol dan barangan lain naik

**baca: geram sampai rosak mood pagi-pagi ni!

Saturday, November 27, 2010

.::Pakcik Ramlee Kembali::.

Macam biasa, fanatik karya Ramlee Awang Murshid..



Friday, November 26, 2010

.::No More::.

Peraturan Halang Muat Turun Muzik, Filem Secara Tak Sah Bakal Diperkenal 
 
KUALA LUMPUR: Tiada lagi muat turun percuma bagi peminat-peminat lagu dan filem apabila peraturan baru yang membolehkan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) menyekat atau menamatkan akaun pengguna Internet rakan-ke-rakan (P2P) diperkenalkan kelak.

Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Liabiliti ISP, akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Halim.

RIM mula melobi akta berkenaan kepada kerajaan sejak lima tahun lalu ekoran perbuatan muat turun secara dalam talian adalah tidak sah selain merosakkan penjualan muzik secara sah di seluruh dunia.

“Akta itu akan membuatkan ISP lebih bertanggungjawab menangani isu cetak rompak dalam talian. ISP akan didenda jika tidak bertindak mengikut undang-undang ke atas pemuat turun terbabit.

" Mereka memiliki teknologi yang boleh mengesan pengguna P2P,” kata Norman.

Bagaimanapun nilai denda hanya akan ditentukan kemudian.

Penyedia perkhdimatan akan mengirimkan dua surat amaran kepada pemuat turun.

Jika mereka masih berdegil, kemudahan Internet akan disekat atau ditamatkan.

“Negara-negara lain memiliki perundagan seperti itu bagi memelihara industri muzik. Contoh terbaik ialah Korea Selatan," ujarnya.



random: huaaaaaa..................


Thursday, November 25, 2010

.::Kadang-kadang Rasa.....::.

....teringin hendak jadi seperti mereka-mereka yang dengan mudah menyatakan pendapat tanpa mengambil kira perasaan orang lain..

golongan ini pada ana, merupakan golongan yang akan mendominasi situasi.. tapi ana tertanya-tanya, mereka ini tak rasa ke yang orang lain bukan tidak 'out spoken' seperti mereka, tetapi hanya menyimpan kata hanya kerana tak mahu menguris rasa pihak lain..

haihh.. sudahnya, be yourself! yang penting hidup kena ada prinsip.. prinsip ana, kalau tak suka orang buat pada kita, jangan buat pada orang!

**bila tengah sakit hati tu, kadang-kadang ringan sahaja rasa nak bagi orang tu rasa apa yang kita rasa.. mujur di titipkan iman.. syukran ya ALLAH..

Sunday, November 21, 2010

.::Jumpa Ini::.










apa sahaja luahan di 'wall' insan ini tentang mak, mesti buat ana mengalir airmata.. memang sudah fitrah 'kaum' seperti dia jarang mahu berkongsi tentang hati dan perasaan secara berdepan.. masa mak meninggal dulu pun, ana tak nampak dia titiskan airmata.. dia cuma diam dan tekun menimbus kubur mak pada malam itu.. esok paginya bila dia sedar telefon bimbitnya tidak ada, ada saudara yang mengagak mungkin telefon itu tercicir ketika dia sibuk di kubur semalamnya..

tapi pada hakikatnya, dia memang anak mak.. ya, sangat!

dari kecil dia tak betah tanpa mak.. apa sahaja yang dia lakukan, dia beritahu mak.. dia jugalah satu-satunya anak mak yang dari kecil, setiap kali periksa mohon mak doakan.. anak mak yang seorang lagi tak reti nak bermanja begitu dengan mak.. masuk dewan periksa pun main redah sahaja.. cuma bila dah masuk universiti baru pandai nak mohon mak untuk doakan.. tapi ana tau, doa mak sentiasa mengiringi kedua-dua anak mak walaupun tanpa di minta..

dia ke asrama seawal 13tahun (yang tepatnya 12tahun 2bulan).. setiap hari dia tak lupa telefon mak walaupun semasa sebulan orentasi.. hari pertama di asrama, dia curi-curi menggunakan telefon awam di bangunan sekolah pada jam 3pagi semata-mata mahu dengar suara mak! 

di sebabkan dia selalu telefon, maka mak ada hobi baru - mengumpul duit 50sen.. sampai kalau mak nampak baba ada duit syiling 50sen pun mak suruh baba masukkan ke dalam tabung.. setiap kali dia pulang ke rumah atau kami ke sekolah dia, tabungan duit syiling 50sen bertukar tangan..

hobi itu bermula sejak tahun 1998 hingga ke akhir hayat mak dan sampai sekarang kalau baba dapat tukaran syiling 50sen, baba rasa serba salah nak belanjakan.. sudahnya, baba pun dah mengumpul syiling 50sen..

kalau balik ke rumah, dia akan tidur di riba mak.. paling menyampah kalau tengok masa mak meneman dia tonton cerita seram.. mak cool je.. yang dia dah terjerit-jerit sambil tangan menarik kain batik mak buat bahan menutup mata.. (ok memang jeles benarnya!)

mak memang penyokong kuat anak-anak.. (sekarang dah nampak ciri-ciri yang sama pada baba.. dulu baba menjadi pembangkang kepada setiap projek, untuk menyeimbangkan keadaan..) apa sahaja yang anak-anak rancangan nak buat yang melibatkan wang ringgit, mak sedia menjadi penaja..

bila dia sambung belajar lebih jauh dari rumah, dia rajin mengepos coklat ke rumah walaupun dalam rumah tu hanya mak seorang sahaja 'hantu' coklat..  selain coklat, apa sahaja benda yang dia makan di sana, dia pos balik ke rumah.. nak bagi mak rasa katanya.. sebab dia anak mak!

dia konvo masa mak dah terlantar.. walau dalam keadaan ingat-ingat lupa itu, mak tak lupa pada dia.. mak berkeras nak hadir ke majlis konvo dia.. tapi apakan daya, keadaan memang sangat-sangat tidak mengizinkan.. maka dia konvo tanpa dihadiri seorang pun dari kami.. mak di rumah sampai menangis-nangis.. kata mak, "sampai hati tak bawa mak pergi tengok dia konvo.. kesian dia seorang-seorang ambil scroll..mak teringin sangat nak tengok anak mak pakai jubah.."

ye, itu satu perkara yang sangat ana terkilan.. sampai sudah hajat mak itu tak tercapai..

habis sahaja belajar, seluruh masa, dia menjaga mak.. berbulan-bulan dia di rumah.. bila di tanya, bila nak lapor diri kepada satu syarikat yang pernah dia menghadirkan diri untuk temuduga ketika masih di sana, untuk mengkhabarkan bahawa dia sudah tamat belajar, dia kata, "nanti-nantilah.."

setelah di desak baba yang risau jika makin lama di peram, scroll nya itu jadi tidak laku dan risau syarikat itu mungkin hilang minat untuk mengajinya, akhirnya dia berangkat ke Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik panel syarikat berkenaan.. dia berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 12 tgh mlm 21 Disember 2009 dengan menaiki keretapi.. ketika itu masuk hari ke 7 mak dalam keadaan tidak sedar di wad..

setelah siap urusan di Kuala Lumpur, dia terus ambil bas pulang semula.. petang itu dalam pukul 4.00 petang dia sampai di rumah.. lepas mandi, dia terus keluar untuk solat dan hendak terus ke wad katanya.. walaupun merata dia pergi hari itu, mak seakan menunggu dia.. sampai sahaja wad, dia pegang kaki mak.. dia betulkan selimut mak.. tiba-tiba dia rasa lain macam.. ya, mak pergi lebih kurang 5 minit selepas dia sampai.. walaupun orang lain yang meneman mak sepanjang mlm dan hari tersebut, hanya dia seorang yang dapat mengadap ketika mak menghembuskan nafas terakhir..

ALLAH memang MAHA MERANCANG, dan hanya perancangan ALLAH yang terbaik.. dia liat untuk mencari kerja kerana risau tiada siapa hendak membantu baba menjaga mak di rumah.. 

dua minggu selepas mak kembali ke rahmatullah, dia diminta lapor diri untuk kerja, iaitu pada tanggal 5 Januari 2010.. tarikh yang sama merupakan ulang tahun kelahiran mak..

hari ini, ana dapat lihat permulaan kejayaan dia..

seperti kata dia, "We sail the hardships together but you leave me to alone to enjoy the victory"

May Jannah be yours, mak..



Friday, November 19, 2010

.::Sentap Betul::.


tersentap betul ana baca keyword ni.. adoiyai.. heloooo, siapa punya ayat ni??? aiman-aiman sedunia, jom buat demonstrasi! hahaha..

Monday, November 15, 2010

.::Lusa Raya!! Yeah::.

Tajuk macam dalam suasana meriah sahaja kan.. tapi hakikatnya terkulat-kulat seorang-seorang.. hehe

ye, lusa raya..

sebelum itu, esok merupakan Hari Arafah bagi kita di Malaysia.. maka esok sunat untuk kita berpuasa..

Sabda Nabi SAW, “Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

ok, tolong doakan ana rajin puasa esok.. selalunya kalau kita seru orang buat kebaikan, beribu-ribu syaitan yang cuba lemahkan semangat kita untuk merebut pahala tersebut.. Wallahualam..


random: moga ALLAH permudahkan perjalanan kami sekeluarga esok.. juga kepada mereka-mereka yang pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya ye.. =)




Friday, November 12, 2010

.::Mari Layan Cerita Bergambar::.



aha..iye..disebabkan semalam keputusan UPSR keluar, maka mood hari ni adalah mood "KEMBALI KE SEKOLAH RENDAH" ye kawan-kawan..

tak adalahhhh.. yang benarnya, macam yang ana cakap dalam entri yang lepas, hari ni dah janji dengan cik yas nak keluar meronggeng.. kami ni kalau janji nak keluar, memang niat semata-mata nak jumpa dan borak-borak sahajalah.. tak rancang nak kemana-mana pun.. maka lepas jemput yas dekat rumah (gaya macam jauh je.. padahal selang satu baris je rumah), masing-masing tanya, nak ke mana ni??

tempat tuju pertama haruslah tempat makan makanan kan kan kan.. makan dekat kawasan kaki bukit.. makannya tak adalah sampai ke tahap penuh meja, tapi berboraknya yang lama.. lepas selesai makan, pergi makan cendol pula dekat ansari.. hoh, memang cendol dekat sini terbaik dari ladang.. pergi mana-mana pun tetap rindu cendol dan pasembor ansari.. dari kecil lidah dah terbiasa kot..

lepas pekena cendol, gedebak-gedebuk dah pukul 1ptg.. yas cadangkan nak pergi Kg. Jambu, kacau hidup cikgu-cikgu tersayang, tapi bila fikir balik, tentu-tentu cikgu dah gerak balik rumah, tambah pula hari ni jummat.. nak pergi rumah cikgu, macam sangat mengacaulah pula, sebab cikgu mesti tengah mood nak bersantai-santai balik dari sekolah..
sudahnya, timbullah idea nak ke 'sekolah ku, taman permainan ku'..


 kata je selalu pergi jumpa cikgu, tapi sedar tak sedar, 11tahun dah tak jejak sekolah ni.. mana taknya, setiap kali pergi jumpa cikgu, dekat sekolah orang.. sebab kebanyakkan cikgu-cikgu yang selalu kami kacau ganggu hidup dulu, semua dah berpindah sekolah.. maka memang solid 11 tahun tak ke sini!

sedar diri tadi pun sebab terserempak dengan salah seorang cikgu bahasa melayu ana yang masih setia dengan convent kota.. lepas tu cikgu tanya,dah berapa lama tamat sekolah dulu?? 

memang lepas tu kena sedaslah dengan cikgu, "11tahun! tak apalah, nasib baik sampai juga semula hari ni.." woooo

kembang hidung bila cikgu masih cam muka.. nama tak ingat, tak kisahlah sebab berapa ribu anak murid cikgu, ye tak.. yang penting kami masih ingat nama penuh cikgu.. woha..


koridor yang menjadi saksi aksi-aksi tersungkur dulu.. huaa sakit woo jatuh! semua gara-gara nak ke bilik sains!


percaya tak ini memang meja ana dulu?? tolonglah percaya!! lubang-lubangnya masih ku ingat... setiap kali nak menulis, memang kena lapik buku tebal sikit kalau tak berlubanglah kertas.. oh ya, ini kelas darjah tiga ana dulu.. 3 Raya.. nama kelas sekarang semua dah tukar.. tak best!! daripada 5 kelas, dah jadi 3-4 kelas je.. siannn, budak dah makin pupus..muahahaha..



ini pula rupa kelas darjah 6 kami.. meja spesial dari kelas-kelas yang lain.. tapi kesian la budak-budak sekarang sebab sah-sah meja ni semua daripada zaman senior ana lagi.. semua dah hitam legam jadinya.. dari dulu kami dok pakat tiggal jejak masing-masing dekat meja tu.. hahaha



ini almari yang menempatkan segala macam latih tubi untuk semua subjek.. akhir tahun masa ana darjah 6 dulu, cikgu matematik ana kira total soalan yang kami semua dah buat, 1000 lebih.. huaaa terkagum dengan diri sendiri kejap.. convent lah katakan.. penat buat latih tubinya macam penat buat tekan tubi! muahahaha..



suasana kelas darjah 6 ana dulu.. eh tak tak.. dulu tak ada papan putih dengan gambar-gambar kartun tu.. udah macam rupa tadika.. hahahaha..



oh, bangunan sebelah ni pun ada kisah juga dulu.. haiya Choy Wan haa... haha..




anak panah tu menunjukkan tempat duduk ana masa darjah 6 dulu.. tempat yang tak ada meja tu.. sebelahnya pula tempat Choy Wan.. tak larat nak bergaduh dengan dia dulu.. hailoh..



duster seperti yang ditunjukkan seperti dalam rajah tu pernah hinggap dekat kepala otak ana.. semua gara-gara kawan yang duduk belakang ke sebelah ana entah, dah tak ingat, tidur dalam kelas.. cikgu salah target, sudahnya bermastautin dekat kepala ana.. redha..


 

mural yang sebelah pejabat guru besar ni tak bertukar dari dulu.. suka betul tengok banyak benda-benda tak berubah ni.. hahahaha..




yas dari mula masuk kawasan sekolah dah macam mak joyah asyik cakap, "aku nak tengok tandas.. aku nak tengok tandas" doh, yelaaaaa.... psss, tengok ejaan KEBERSEHAN tu.. bukti kukuh tuu.. hahaha...




ini dewan sekolah a.k.a dewan periksa PTS (dulu) dengan UPSR juga.. inilah juga tapak geng 10 budak hitam ana dulu buat mini pawagam 'Tanjung Golden Melur' sempena nama dua kelas geng ana dulu.. saksi saat kegemilangan dulu-dulu..eceh! oh ya, lupa nak bagitahu, kebetulan hari ni ada majlis anugerah.. maka dapatlah tengok kelas ni dalam keadaan dewan (dewan lipat)..




yeah! ini kelas pertama ana di sekolah ni.. kelas darjah 1 ana dan yas, 1 Raya.. eh-eh, baru perasan, rupanya sepanjang sekolah rendah ana satu kelas dengan yas.. dah lah pergi balik sekolah sama-sama.. kot tak satu kelas pun masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3.. tu pun sebab langsung tak sama sekolah sebab ana curang pergi sekolah Taman Tasik.. tingkatan 4 dan 5 kembali satu sekolah dan satu kelas.. hahaha.. sangatlah soulmate!




tempat duduk tu tak ada zaman ana dulu.. zaman ana darjah 6 dulu pernah satu akhbar tu keluarkan berita pasal pelajar SKCK tak ada meja dan kerusi untuk makan dekat kantin.. kami dengan cikgu-cikgu pakat boo berita tu sebab semua pelajar SKCK memang suka je makan bersila atas lantai..




sweet sangat =p dulu sangat tak suka duduk atas bangku ni sebab tiap kali duduk mesti macam terperosok ke belakang.. sekarang dah just nice.. =p




memang ni je lah rupa kolam ni.. dari dulu tak berapa nak ada air.. hahaha..




inilah ruang cikgu-cikgu parking kereta..dulu siap hafal cikgu ni parking kat sini..cikgu tu parking dekat situ..  *wink*




konon tak suka, tapi bila suruh pose dekat klinik gigi ni sengih beria lah pula.. eh tapi seriuslah, ana memang tak berkenan bau klinik gigi ni.. kenapa sama dari dulu sampai sekarang?? bau yang buat orang rasa nak terkucil!





ini suasana dekat belakang klinik gigi.. sahaja pose macam tengah beratur ramai-ramai gosok gigi sambil pegang kole besar tepi longkang ni.. ambil feel... ahaks! oh ya, dulu klinik ni warna putih.. sekarang dah cerialah sikit rupa dia..




ini pula bengkel kemahiran hidup.. guru BM ku guru Kemahiran Hidup ku.. hahaha teringat Pn. Saer ajar kami semua potong kayu dekat sini.. macam manalah cikgu boleh sabar mengajar budak perempuan potong kayu.. tapi memanglah, sudahnya semua kayu cikgu seorang yang potong.. woha!





ni tempat ana dengan yas selalu main aci tiang.. ni jugalah tempatnya kami kena pangkat 'setan gondol'.. hahaha apakah???



Fuhhh... habis sudah buat caption utk semua 22 keping gambar.. ni baru balik main badminton dengan yas.. kes kesedaran setelah terlebih makan masa keluar ronggeng tadi.. mohon uruskan diri dulu.. hihihi..


random: tahniah kepada sepupu ana, Jannah, 5A yok! tumpang bangga untuk sepupu termuda kuu... dan juga kepada anak sedara ana, along, 4A 1B..  bak kata maksu ana, dalam pada duk lepak main kejar-kejar dengan adik-adik tu.. hihihi... tahun depan giliran angah pula ye...along dah set benchmark.. kejor yop kejor! =)

 

Thursday, November 11, 2010

.::UPSR::.

tengok buletin utama tadi, tiba-tiba teringat zaman sendiri ambil keputusan UPSR dulu.. rasanya tahun ana tahun pertama kot yang ambil keputusan masa tak cuti sekolah.. sebab zaman abang ana dulu keputusan keluar masa dah mula cuti sekolah..

disebabkan keputusan keluar masa dalam waktu P&P, maka masing-masing pakat beraturlah nak telefon mak ayah.. zaman tu budak-budak sekolah mana berani nak seludup telefon bimbit bawa ke sekolah..

sekolah ana dulu ada satu je telefon awam.. tu pun depan pejabat guru kanan.. siapa yang nak guna telefon awam tu wajib kena minta kebenaran guru kanan dulu.. maka telefon tu lebih kepada perhiasan sahajalah dekat situ.. siapa berani oii nak jumpa guru kanan nak minta kebenaran guna telefon..

makanya masa nak telefon mak dengan baba masa dapat keputusan tu pun rasa tergetar-getar jugalah walaupun memang cikgu bagi kebenaran.. hahaha..

yang lawaknya seorng kawan baik ana telefonlah mak dia nak bagi tau keputusan periksa,

"mak, orang dapat 5A!" - kawan ana

"laaaa iya ke.. tak apalah, ni baru UPSR, lain kali boleh cuba lagi.." - mak dia

disebabkan barisan panjang, maka tak dapatlah kawan ana nak bercerita panjang dengan mak dia.. maka sedih bebenarlah muka dia lepas dapat telefon mak dia..

"mak kita tak seronok pun kita dapat 5A..mak kita suh kita cuba lagi.." - adu kawan tu

esoknya barulah kawan tu jelaskan..

"tau tak semalam mak kita dengar kita cakap kita dapat 3A 2B! tu yang suruh cuba lagi.."

ha kau, memang bersembur gelak masa tu.. jauh benar bunyi 5A dengan 3A 2B tue.. udahlah kawan ana tu antara pelajar cemerlang, ketua mawas pengawas lah katakan.. tu yang beria mak dia bagi kata-kata semangat kot sebab ingat anak dia sedih sangat.. hai la..

eh, tapi tadi tengok dalam berita, budak-budak yang ambil keputusan tu pakatlah beria menangis.. ana rasa dulu ana dengan kawan-kawan bodoh-bodoh je buat periksa tu dan masa ambil keputusan pun tak adalah beria sangat.. ni budak-budak tu siap emo terlebih pula.. nampak sangat budak-budak zaman sekarang cepat matang.. haha..

paling sayu tadi bila wartawan temuramah seorang adik yang kematian mak tu.. rasa nak luku kepala wartawan tu pun ada juga.. boleh pula tanya, "adik sedih tak bila mak meninggal?"

Ya ALLAH.. tolonglah.. MAK KOTTTTTT... bila tanya macam tu, ko buat budak tu rasa pedih yang amat macam mula-mula dapat tau mak dia dah tak ada tau tak.. deyyy

ok, tau emo tu memenatkan.. maka, tengah teruja nak ronggeng dengan cik soulmate pagi esok.. Ya ALLAH bila nak pegang note cik aiman oiii.. fuh-fuhhh

Friday, November 5, 2010

.::Tolong Jangan::.

hm.. ana mohon nk berkongsi dan kita sama2 saling ingt-mengingatkan eh..

Umum tau esok cuti deepavali.. dan ramai antara kita yg beragama Islam, kadang2 xpeka tentang satu hal ni.. yg mana ana sgt sensatif dan sentap bila ada kwn yg niat nk bergurau wish deepavali pd ana..

maaf, ana rs sgt2 tersinggung.. ini bukan gurauan.. ini soal akidah.. ana ISLAM titik!

ingt lg, dulu ms kecik2 ana pernah kena tegur dgn baba ana sbb wish kwn India epi deepavali.. kata baba, 

"berdosa kita org Islam ucapkn slmt kpd mereka yg bkn Islam sempena perayaan agama mereka.."

dan sejak itu, ana tobat x gatal mulut dan cuba buat2 caring atau ramah dlm bab2 ini...

kita tau hny satu agama shj yg wujud.. ianya adalah agama fitrah.. maka, jgn kita pula tumpang stuju dgn yg lain selain yg fitrah itu..


random 1: maaf buat teman yg kena tgur direct sbentar td.. tguran itu tanda syg ye kwn.. :)

random 2:  sama2 doakan saudara2 kita yg terjejas dlm banjir di utara.. huu..sian stalker setia blog ana - nur farhanah muhammad.. x dan rehat harung perjlnn 7-8jam, smp2 umh kena pack brg2 dlm umh pulak.. ujian ALLAH utk kita semua sbnrnya..

Sunday, October 31, 2010

.::Bapa Ku Pulang dari Kota................................::.

la la la la la...

cik!! i btol2 excited tlbh ni cik oiii... mulot ak nih x hbs2 meluahkn dkt org2 skeliling betapa ak rs tharu n nk nangeh nengok khazanah ko tue acik oiii... tahniah cik.. titik peluh ko tue cik... owh, nape ak cengeng plak ni...

ehsan En. Google


**ok akak2 bekerjaya yg len, jom serang umh acik.. camon2... i hbs final 25hb.. hahaha

Saturday, October 30, 2010

.::Di Mana Raya Haji Anda??::.

Tajuk berbaur soalan tue mcm xblh blah je kn.. benornya rindu nk bc tulisan sdiri di blog sdiri.. bab2 menaip benda2 lagha mmg laju je.. tp kalo nk menyiapkan Bab 2 tesis, yaaa ampunnnn.. (ilham...mampirlah engkoooo)

Skrg ni secara rasminya dh bermula study week.. tp lgsg xleh nk bukak notes lg sbb masih terhutang tesis Bab 2 yg kena submit mggu dpn.. tp masalahnya, stp kali bkk je folder "Tesis Aiman" tue, mula la tgn ni gatal g klik folder "muvie" plak.. sudahnya td, dpt la kutip maklumat2 drp Property Market Report tue masuk excel, lps tue trus tutup bab tesis... udah mls nk smbg buat analisis.. org len dh puluh2, ribu-riban page, yg ana br 3 page (2 page stgh je benornya)

tutup bab tesis. (tgk, br bkk 2 perenggan cite psl tesis da rs stress melampau)

berbalik pd tajuk..

di mana raya haji anda thn ni??? hehe
ana insyaALLAH ke johor.. segala tiket pn dh setel.. janji ngn mak sdara kata raya kt perak, nmpknye termungkir di situ..

baba ajak g ziarah keluarga arwah pak ndak (adik btol2 bwh mak dan meninggal 10 ari sblm mak).. mmg dh lama x jmp kazen2 ana tue sume.. tgk kt fb sume dh besar2.. hopefully smpt g ziarah kubur anyah, wan ngn tok jgk nnt.. sebut psl anyah, rs rindu sgt2 plak kt anyah.. kakak no 2 mak.. dh 16 thn berlalu.. 

tutup cite lg.


random 1: semoga baba cpt sembuh dr demam dan seseme..

random 2: fb ana dh di deactive. sekian.



Friday, October 22, 2010

.::Bila Rasa Itu Menjengah::.

bila sakit, hati dan akal akan terbyg wajah mak.. mcm mana mak blh tahan masa sakit dl.. xpnh dgr mak mengaduh sakit.. yg ada cuba ungkapan "ALLAH..ALLAH..ALLAH"

bila tny, "mak sakit kt mana?", mak cuma geleng kepala, pejam mata dan terus diam.. T_T

apa rasa yg mak tanggung dulu, smp skrg ana xdpt bayang kn..

kalo migrain tue ana rs sakit, pasti lbh lg sakit kepala mak.. sbb mak ada ketumbuhan..

kalo rs menyucuk dlm perut tue ana rs perit smp xblh nk duduk, lbh lg sakit mak.. sbb hati mak membengkak smp kembung yg amat perut mak, nafas mak pun berbunyi mengah..

tapi, x skali mak mengaduh sakit..

**Ya ALLAH, ampunilah dosa2 mak.. izinkanlah 'hidup' mak di sana dlm keadaan sihat dan gembira sentiasa.. biarlah setiap detik, hny senyuman terukir di bibir mak.. 


random: rindu - xmgkn dpt dinafikan..... - selamanya..

Monday, October 18, 2010

.::Pilihan Hidup::.

berakhir juga satu err, entah apa yg ptt ana panggil.. assignment - hm, ok kita pgl je sbgai assignment.. wpn endingnya masih kabur, kita tgu dan lihat sj..
**jujurnya, ana x ada hati utk itu..

.

.

.

tepatnya, maghrib smlm, ana tgk hp ada dua misscall dr mak saudara ana dan satu msg dr kazen ana bertny kaba..

hati rs xsedap sbb misscall dan msg itu dtg agak serentak.. tmbh pulak awl pg tue dlm jam 2-3pg, mmg ana ada m'ngadu pd sorg kwn (kawan tue nama dia Nurfarhanah Muhammad! amek ko, ske sgt stalk blog org, pastu xreti nk tgl jejak.. haha..jom pakat stalk fb dia plak..) bgto rs xsedap ati..

ana return call mak saudara ana.. dan, innalillah wa innalillah hirojiun... pcik ana kembali ke rahmatullah lbh kurang jam 5 ptg khabarnya..

ana kol baba - xangkt..

ana kol abg - abg mmg sedia maklum sbaik shj disahkan meninggal dunia.. sedih sbb x dikhabarkn dr awl.. rs terkilan yg amat..

tp baba xbgto sbb xnk fokus ana pd persiapan utk hari ini terganggu.. menggalir juga airmata kerana terpaksa memilih antara 2..

sguh ana nk sgt blk... ana rs berslh yg amat sbb ms raya x ziarah pcik..

kazen ana kata, "xpela, adalah hikmahnya tue.."

**kata kwn: valuation is like a jigsaw puzzle

**bls ana: life is like a jigsaw puzzle.. when it comes to thousand of pieces, than we have to think wisely where to place the pieces into correct places..


....................susahnya menjd dewasa..

sudi kiranya shbt2 sedekah kn Al-Fatihah buat pcik ana (9 Okt - 17 Okt 2010).. syukran..

Thursday, October 14, 2010

.::Cometbird::.

blh tak ana baru tau je pasal browser ni..




slama ni dok pakai internet explorer (IE) je.. mozilla sori, mmg xpandang.. tah la org dok kata best ke, laju ke, apa ke, bila ati x berkenan, maka mmg x berkenan.. cinta mana blh dipaksakannnnn.. ahaks!

tp td bila cik elyza perkenalkan dgn cometbird ni, hoh, btol2 'holiau' ho.. setakat ni la kn.. hehe..

sebab pe??

haa sbbnya browser ni memboleh kn kita download video2 mcm youtube dan seumpamanya hny dgn 'right-click' je.. xyah nk download software2 lain.. maka sikit sbyk dpt kurangkan semak dlm laptop ni kn.. (mmg dasar kaki download)




hoo, ana ngn software ni da mcm isi ngn kuku.. dr youtube downloader, movie player, smp bermcm jenis converter, bersepah dkt destop ni.. dgn adanya cometbird ni dpt la nyah kn si youtube downloader tue..

plus, lps ni rsnya kamus digital yg ada ni pn blh di nyahkan skali.. sbbnya, cometbird ni blh tlg translate kn jugak sesuatu perkataan tue dgn hny hold kn je cursor atas perkataan tersebut..




setakat ni baru 2 function ni la dpt buat ana teruja ngn natang Cometbird nih.. agagaga

eh eh, sume org da tau ek???

ok fine   -_-!

Wednesday, October 13, 2010

.::Tergamaknya::.

Baru lps baca berita ttg anak dan menantu kebas duit KWSP maknya sendiri bernilai lbh RM100,000..

smp hampir pitam mak ini bila tgk cctv, anak dia sdiri yg punya angkara..dia siap bersuka ria keluarkan duit tue sbyk 52kali dan 16kali transaksi..

kasih seorg mak menafikan sekeras2nya bila polis kata ni keje keluarga sdiri, tp itu yg mak ini kena telan...

nk membesarkan anak pn mau mkn dekat sejuta kot mak ayah berabis.. dr umur sesaat, smp la pandai cari duit sdiri.. itu pn ada yg mak ayah dok tanggung lagi sbb masih x pandai manage duit, xsmpt smp gaji berikutnya je dh hbs...

besar harapan mak tu nk beli rumah dgn duit penat lelah keje slama berpuluh tahun, tp..............

patutnya, anak itulah yg kena dok hulur2 dkt maknya bila dh pandai bawa halatuju sdiri, ini dicurinya pulak duit mak..

keje dok bg duit kt mak ayah ni bkn sbb nk byr blk sgala jasa dorg, secebis pn xdpt, tp hny utk meraikan mereka, tanda kita hargai mereka.. ada mak ayah tue, duit yg anak2 dok kasi dia x belanja pn, dia simpan.. sbb dia syg nk belanjakn pemberian si anak..

aish, T_T


**moga ana dan kita semua terhindar dari melakukan perkara2 seumpama ini.. moga ana akan sentiasa kenang segala jasa mak dgn baba dan sentiasa berusaha untuk menjd 'saham' yg m'guntungkn buat mereka.. moga mak ngn baba bangga utk m'gaku ana ni anak dorg kt mahsyar kelak.. aminn..

Saturday, October 9, 2010

.::Seharian Bersama Jebon::.

............eh seharian bersama 'penjejak jebon'..


8/10/2010

huuuaih, ghopenye da sthn xlepak b3 kn.. ni sume garak2 jadual dak alia ni ngikut kalender india.. tym raya pn exam.. derrrr.. bajet dia da blk m'sia, kerap la jmp, harapaaaannn.. lg kerap jmp mak ayah dia, ye ;)

bila yas trn kl sempena nk g kenduri kawen kwn utp dia, maka, amek peluang jmp.. last minit ym alia (sbb bajet dia xfree la jmmt kn), tup2 dia pn mmg nk grk blk kl (umh hingap dia kt kl uolss) pg jmmt tue.. maka timing dh cantik la kt situ..

dr pas zhor smp ke, errr, masa pulang ke pangkal jln si rahsiakan atas sbb2 keselamatan kot2 mak ayah kitorg terjmp blog nih.. agagaga..

pendek kata, mmg puas smp lebam rsnya dpt borak ngn dorg...



.

.

.


ana dok ngadu kecewa sesgt xdpt jmp sorg kwn sekolah kitorg tym ry aritu, tup2 ALLAH kabulkn, jmp kt kl ni ha.. subhanALLAH..

kejadiannya:

tgh2 mkn char kuey teow smlm, tiba2 yas dgn nada dan muka cuak gila ckp, "weh, tgk blkg ko!"

ana ngn alia dh gelabah, sbb sblm tue ada segerombolan (org jht guna penjodoh bilangan ni kn) dok follow blkg kitorg.. ingt diorg follow smp ke situ la..

yg yas dok paksa2 tgk ngn nada dan muka yg makin stress.. lg la ana ngn alia dh smp cuak thp tutup telinga xnk dgr arahan yas, suara pn mcm dh nk nangis suh yas diam..

pas2 yas kind of pujuk suh tgk gak.. kitorg yg takut2 ni pn tgk la sekilas pas2 pndg dpn blk..

'eh2, tp cm ada pompuan je kt meja blkg tue ngn stroller baby..' so pusing lg skali tgk...

a'aaaa mcm kenal..

"weh, tue ayin kn?" - yas

"a'a la mcm dia.." - ana

"mcm apa, mmg dia" - alia..

yas dh xcited nk tegur.. ana ngn alia plak rs mcm gemuruh plak nk tegur sbb dh laaaama x jmp ayin plus, ada 2 laki kt meja dia yg slh sorgnya kitorg rs suami dia..

dlm teragak2 tue, tiba2 yas ckp, "weh, ak tegur eh.. ak x segan.."

"ayin!" - sambil berdiri dr meja kitorg, pas2 dua tgn dia lambai mcm org lemas nk mtk tlg tue..

ana ngn alia terus pusing nk tgk reaksi bls org yg kitorg rs ayin.. udah dia buat muka kelam.. pas2 nmpk mulut dia terkumat-kamit ckp, "ak kenal ke dorg???"

weh, rs cm malu plak.. pas2 br nk halang yas dan nk suh dia duduk je kot2 mmg slh org atau ayin nk buat2 x knl ke kn, tp dh terlambat....

"weh ak yasmin! ni aiman, ni alia!"

bapak la yas! satu kawasan tue tau nama kitorg.............................. T_T

terus menunduk muka ana ngn alia.. pasrah beb..

nasib baik sesgt ayin knl kitorg.. kalo x asenye trus tapau je baki char kuey tiaw tue mkn dlm kete..

.

.

.



cute gila la aih anak dia.. pandai gelak da..

** ayin ni kwn ana dr sekolah rendah lg.. sama2 geng 10 budak itam juga dl --> ahli terdiri dr gabungan group dr 2 kelas.. 6 org kelas Melur dan 4 org kelas Tanjung.. skrg sepuluh2 org dh bwk haluan masing2.. yg masih ana rs x bape nk kekok dan blh kata selalu kontek, ni la ha 2 org, plus Mama (nama org ye).. yg lain2 tgk stalk kt fb je..

.

.

.


bahana tdo lmbt smlm, arini sepanjang seminar MEMBUTA je keje.. sesi ptg dh slmt kroh kroh kroh kt bilik.. mmg heavennnnn

Tuesday, October 5, 2010

.::Moga Beroleh Syifa'-Nya::.

ana mohon doa dr sume, buat seorg shbt merangkap jiran se-aras ana, juga slh seorg pemilik blog jauhtapidekat agar segera sembuh drp penyakit yg menimpa..

terkejut sebnrnya dpt tahu dia kena denggi, ingtkn hny dmm biasa.. agak kritikal juga td.. sedih tgk dia lemah begitu.. doakan dia kuat semangat..


**asma', doa shbt akan sentiasa mengiringi.. cpt2 sembuh yea..

.

.

.

.

.


alhamdulillah, asma' dh discharge pd 7/10/10.. syukran buat saudara2 yg sama2 mendoakan.. moga ALLAH merahmati kita semua dunia dan akhirat.. =)

Sunday, October 3, 2010

.::Sejarah Kita::.




kredit salafussoleh 



** 1st tym xmenguap masa menghayati sejarah.. moga iktibar dpt di kutip

Wednesday, September 29, 2010

.::Lagu Buat Seorang Ibu::.





dgr lagu ni rs sebak sgt.. lbh 80% isi hati ana terluah dlm lirik lagu ni..


** mega nan cerah
kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana
saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali

sewaktu mula ku
melangkah dewasa mencari ilmu
tugas utama
ku merantau jauh meninggalkan bonda
akan ku tunaikan hajatmu bonda
tapi di dalam menghadapi cabaran
ku terlupa tugas ku di rantauan
apakah makan minum mu terjaga
adakah nasib mu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia kedalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu
sedih nya hatiku
dibuai mimpi mu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja
ku mengasarimu

 hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa
tidak ku tertahan
menanggung seksaan
setelah kau tiada
dugaan yg mendatang
ampuni dosaku
redha kan hidupku
kau lah mithali pedomanku

sayu mengenang
saat manis itu
tangan bonda
mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anak nya beroleh jaya
didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yg telah terkorban kerna ilahi tabah
menghadapi hidup yg sunyi.


***kredit kpd janjilaxamana