Sunday, December 28, 2008

.::Suka Duka 1429H/2008::.

Esok kte semua akan melangkah ke satu lembaran br dlm thn Hijrah.. Maka, ana nk buat recap ttg perkara2 yg berlaku di sekeliling ana (sepanjang yg ana ingt) sepanjang tahun 1429H/2008 nie..

27 Januari 2008 (18 Muharram 1429H)
>> Mak Asmak kembali ke Rahmatullah..


29 Februari 2008 (22 Safar 1429H) - 2 Mac 2008 (24 Safar 1429H)
>> Fasi2 Kem Jati Diri UM berprogram di KMPk..

8 Mac 2008 (30 Safar 1429H)
>> Pilihanraya Umum ke-12..

9 Mac 2008 (1 Rabiulawal 1429H)
>> Kak Kimah (sepupu ana) kawen..

16 Mac 2008 (8 Rabiulawal 1429H)
>> Kursus pengurusan jenazah (Surau Al-Faizin, 2nd)
>> Annual Dinner (MATBII) 2nd College di Sunway Hotel

18 Mac 2008 (10 Rabiulawal 1429H)
>> Latihan kebakaran 2nd College

27 Mac 2008 (19 Rabiulawal 1429H)
>> Dinner 2nd Stove di Restoran Nelayan

30 April 2008 (23 Rabiulakhir 1429H)
>> Masak laksa beramai2 kt Dewan Umarak (DU), 2nd..
>> List stay College utk sesi 2008/2009 kuar..

16 Mei 2008 (10 Jamadilawal 1429H)
>> Cik Lina (lecturer EM) kawen..

19 Mei 2008 (13 Jamadilawal 1429H)
>> Baba jth moto btl2 pd ulang thn kelahirannya yg ke-52..

30 Mei 2008 (24 Jamadilawal 1429H) - 1 Jun 2008 (26 Jamadilawal 1429H)
>> Induksi PM (fasa 1) di Kuala Kangsar

24 Jun 2008 (20 Jamadilakhir 1429H) & 25 Jun 2008 (21 Jamadilakhir 1429H)
>> Induksi PM (fasa 3) di KPS, UM

29 Jun 2008 (25 Jamadilakhir 1429H) - 4 Julai 2008 (1 Rejab 1429H)
>> Minggu Haluan Siswa (MHS)
>> Officially bermula kuliah bg sesi 2008/2009

19 Julai 2008 (16 Rejab 1429H)
>> Mak warded kt Hosp. Taiping (HT) selama 2 bln..

21 Julai 2008 (18 Rejab 1429H) - 27 Julai 2008 (24 Rejab 1429H)
>> Buat cuti sendiri.. ponteng lec. huhu..

22 Julai 2008 (19 Rejab 1429H)
>> Abg blk M'sia setelah 2thn lbh xblk.. (1st nite smp da tdo dlm kete kt parking spital..huhu)

1 September 2008 (1 Ramadhan 1429H)
>> Umat Islam mula menjalani ibadah pose..

3 September 2008 (3 Ramadhan 1429H)
>> Farah Fatin kembali ke Rahmatullah pd usia 20 thn..

6 September 2008 (6 Ramadhan 1429H)
>> Interaksi Fasi 2nd di Tmn Jaya..

1 Oktober 2008 (1 Syawal 1429H)
>> Hari Raya Aidilfitri..

4 Oktober 2008 (4 Syawal 1429H)

>> Abg fly back to UK..

25 Oktober 2008 (25 Syawal 1429H)
>> Kak Halimah kembali ke Rahmatullah..

3 November 2008 (5 Zulkaedah 1429H) - 21 November 2008 (23 Zulkaedah 1429H)
>> Liga Final Exam utk Sem. 1 sesi 2008/2009 bermula..

12 November 2008 (14 Zulkaedah 1429H)
>>
Ayah Lina Mariana kembali ke Rahmatullah..

26 November 2008 (28 Zulkaedah 1429H)
>> Pn. Saer (cg. SKCK) berangkat ke Tnh Suci Mekah menunaikan ibadah Haji..

8 Disember 2008 (10 Zulhijjah 1429H)
>> Hari Raya Aidiladha..

15 Disember 2008 ( 17 Zulhijjah 1429H)
>> Cik Yati (lectr. EM) berangkat ke Auckland, NZ utk menyambung pengajian..

27 Disember 2008 (29 Zulhijjah 1429H)

>> Mak tenat.. masuk wad D2 Hosp. Taiping

31 Disember 2008 (3 Muharram 1430H)

>> Mak discharged

p/s: kte melangkah masuk ke tahun 1429H/2008 ni bersama2, namun pd ms dan ketika kte nk melangkah keluar dr thn ni dan melangkah ke tahun br, ada beberapa knlan atau insan yg pernah mewarnai hidup kte sudah tidak lg melangkah bersama2 kte utk meneruskan kehidupan di atas bumi ALLAH SWT ni.. setiap kali tiba tanggal 31 Dis, ana sering terfikir xnk langkah ke tahun berikutnye sbb mgkn tahun yg akan dtg tu, ana akan kehilangan insan tersyg, kehilangan insan2 yg pernah hadir mewarnai hidup ana, atau mgkn ana sendiri yg hilang dr bumi ini.. ana xsanggup melaluinye.. tp smp bila nafas ni mampu berthn?? nafas ni ada tempohnye.. ditetapkan bilangannya sejak ana ditakdirkn tercipta.. tp berapa agaknya baki yg bersisa kini...?? Ianya hny tercatit dlm 'diari' yg Maha Mencipta, ALLAH SWT.. Moga kte yg masih ada ni akan terus dibekalkn nikmat iman dan Islam utk menempuh hari2 mendtg sementara menunggu ms dan ketikanya kte kembali di jemput utk diperhitungkan sgala amalan d dunia..Wallahu'alam....

Thursday, December 25, 2008

.::Cuci-cuci Services::.

Tarikh: 23 Disember 2008 (Selasa)
Lokasi: Tmpt letak kereta Jab. Kimia Fak. Sains UM
Target: RM1000
prog. thnn KKAA skali lg telah di adakan..bermodalkan baldi2 para ajk, sabun, paip, dan berus, segerombolan bebdk KKAA 12 telah berangkat ke lokasi yg di tetapkan pd jam 730am (lbh kurang la).. cuci...cuci..dan cuci...i2 lah wawasan kami... cukup masa dan setelah kehabisan tenaga, kami bergerak blk ke lubuk kami --> 2nd College... kutipan utk arini RM1167 (target RM1000 tercapai)





Tarikh: 24 Disember 2008 (Rabu)
Lokasi: Tmpt letak kereta Fak. Perubatan UM
Target: RM1500
pasukan cuci2 services (partym jd model digi) bergerak lg utk musim ni.. berbekal2kn peralatan yg sama serta visi dan misi yg sama, operasi diteruskan.. dgn mengalas perut dgn beberapa keping roti, kami meneruskan perjuangan dgn semangat br..
operasi tergendala hampir setgh jam apabila sumber air gagal dikesan.. disbbkn semangat Puan Pengarah terlalu berkobar2, beliau tlh berjaya mencari gali sumber air dgn jayanya... para approacher juga menjadi agresif mencari pelangan sebaik shj berita penemuan sumber air dihebahkan.. maka bermulalah perjuangan membasuh, menyental, memberus, dan mengelap kereta utk arini.. khidmat mat2 rempit juga digunakan utk mengangkut dan menghantar air ke tmpt2 operasi di lakukan..
Puan Pengarah arini berkelakuan pelik apabila dilihat menjadi seorg yg terlalu mata duitan.. sehinggakan kereta yg bergerak digelarnya duit bergerak.. Beliau juga dikesan bersikap terlalu penyayang apabila setiap kereta yg dicucinya di lap berulang kali walaupn tiada lg air di kesan pd mana2 bhgian kereta.. oh, rupa2nya inilah yg terjd bila terlalu jarang pelanggan yg diperolehi.. Kutipan utk arini, RM700 (target tak tercapai)


satu2nye gambo yg ana rakam pd hari ke-2 ni..

p/s: amat la segan tym kt Central Market (CM) bila ade pok cik yg melaung dgn suara yg agak kuat pd ana dan alin, "adik!! kkaa ke?????" adeh, dek kerana terkezut mcm mana pok cik ni leh tau, maka kitorg serentak berpusing ke blkg memandang pok cik td.. "ha..pok cik yg buat baju 2....he..he..he.." cit, siot btl bj digi ni..bikin malu je..

Friday, December 12, 2008

.::New Vehicle In Da House::.


Hari ni bz sungguh ana bila baba (ayah ana) blk waktu lunch hour.. kenapa agaknye?? haha.. dia beli 'menan' @ mainan!!! yeye!! haha..girang sungguh ati tgk 'menan' br yg baba bwk blk.. mula la bz mengkaji n membelek sepuas ati.. hahaha... nak tau pe dia 'menan' nye?? ni dia.............


Rupa yg biasa ana lihat...





da stat pe'rak da.....

ni le rupa lepas di cabut semua komponen yg boleh di cabut..

p/s: hahaha..da puas da men natang ni.. mcm2 gaya da pose.. kuak lentang, kuak tuntung, semua da try.. pasni mak nek pn da xjeles..

Thursday, December 11, 2008

.::Tarikh Lahir Ikut Bulan Islam::.




Mungkin ada yg dh tau, tp bg mereka yg blum tau, ana nk berkongsi satu file yg dgn mudah blh bgto, kte lahir pd tanggal bpe haribulan mengikut takwim Hijrah/Islam... klik je pd pautan di bwh, download file tersebut...

<Klik di sini utk download>

Melalui file ni, kte blh tau tarikh lahir kte mengikut takwim Hijrah, hari kte dilahirkan dan dah berapa lama kte bernafas atas bumi ALLAH.... dari c2 kte muhasabah la pulak berapa juga agak2 masa yg kte dh buang dgn melakukn perkara2 lagha dan kerosakan pd muka bumi ni... Wallahu'alam...

Sunday, December 7, 2008

.::Salam 10 Zulhijjah 1429H::.



Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid r.a katanya: Rasulullah SAW melarang dari memakan daging korban selepas dari tiga hari.
Abdullah Bin Abu Bakar berkata: Aku memberitahu perkara tersebut kepada Amrah lalu dia berkata: Dia benar aku pernah mendengar Aisyah r.a berkata: Beberapa orang wanita dari penduduk gurun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan korban pada zaman Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Simpanlah tiga hari. Setelah itu sedekahkanlah apa yang masih berbaki. Beberapa ketika selepas itu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Orang ramai menyimpan daging korban dan membawa sebahagian dari lemaknya: Kenapa begitu? Mereka menjawab: Dulu engkau melarang dari memakan daging korban selepas tiga hari. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Aku melarang kamu hanyalah kerana mengingat orang-orang yang berjalan perlahan-lahan (untuk menolong orang-orang yang tidak mampu). Sekarang kamu bolehlah makan menyimpan dan menyedekahkannya

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda pada hari Nahr (Hari Raya Korban): Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum sembahyang dia hendaklah mengulanginya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah ini adalah hari yang memerlukan daging. Lalu dia menyebut keperluan para jirannya seolah-olah Rasulullah SAW mempercayainya.
Lelaki tadi meneruskan: Aku mempunyai seekor anak kambing (berumur antara enam bulan hingga setahun) yang aku menyayanginya lebih daripada dua ekor kambing. Bolehkah aku menyembelihnya?
Lalu Rasulullah SAW mengizinkan. Beliau (Anas) berkata: Aku tidak tahu apakah kelonggaran itu juga adalah untuk orang lain ataupun tidak.
Dia berkata lagi: Kemudian Rasulullah SAW menghampiri dua ekor kibas lalu Baginda menyembelih keduanya. Orang ramai pun membahagikannya ataupun dibahagikannya.