Sunday, December 7, 2008

.::Salam 10 Zulhijjah 1429H::.



Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid r.a katanya: Rasulullah SAW melarang dari memakan daging korban selepas dari tiga hari.
Abdullah Bin Abu Bakar berkata: Aku memberitahu perkara tersebut kepada Amrah lalu dia berkata: Dia benar aku pernah mendengar Aisyah r.a berkata: Beberapa orang wanita dari penduduk gurun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan korban pada zaman Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Simpanlah tiga hari. Setelah itu sedekahkanlah apa yang masih berbaki. Beberapa ketika selepas itu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Orang ramai menyimpan daging korban dan membawa sebahagian dari lemaknya: Kenapa begitu? Mereka menjawab: Dulu engkau melarang dari memakan daging korban selepas tiga hari. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Aku melarang kamu hanyalah kerana mengingat orang-orang yang berjalan perlahan-lahan (untuk menolong orang-orang yang tidak mampu). Sekarang kamu bolehlah makan menyimpan dan menyedekahkannya

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda pada hari Nahr (Hari Raya Korban): Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum sembahyang dia hendaklah mengulanginya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah ini adalah hari yang memerlukan daging. Lalu dia menyebut keperluan para jirannya seolah-olah Rasulullah SAW mempercayainya.
Lelaki tadi meneruskan: Aku mempunyai seekor anak kambing (berumur antara enam bulan hingga setahun) yang aku menyayanginya lebih daripada dua ekor kambing. Bolehkah aku menyembelihnya?
Lalu Rasulullah SAW mengizinkan. Beliau (Anas) berkata: Aku tidak tahu apakah kelonggaran itu juga adalah untuk orang lain ataupun tidak.
Dia berkata lagi: Kemudian Rasulullah SAW menghampiri dua ekor kibas lalu Baginda menyembelih keduanya. Orang ramai pun membahagikannya ataupun dibahagikannya.

No comments: