Thursday, September 4, 2008
.::Al-Fatihah buat Farah Fatin Binti Jamil (1988-2008)::.
3 Ramadhan 1429H dlm kenangan.....
Pada 16 Ogos 2008 yg lepas, ana dikhabarkn ttg keadaan Farah yg sedang menderita penyakit kulit yg kronik. Terkejut, sedih dan simpati bercampur-baur. Hasrat hati utk menziarah memuncak tinggi. Tp atas urusan yg xdpt dielakkan, hasrat tersebut dipendam sementara waktu. Di tangguh dr sehari ke sehari. Dlm hati sentiasa berdoa dan bersangka baik Farah pasti sembuh. Masih byk ms utk bertemu Farah. Farah masih muda.. Lebih muda dr ana.. Tp satu perkara yg ana terlupa, perancangan Allah mengatasi segala-galanya..
Pg 3 Sept. 2008, ana terima panggilan telefon dr kwn lama ana mengkhabarkan Farah kini dirawat di HUKM.. Ana terus bersiap utk ke sana. Sedang ana bersiap, ana m'dpt panggilan kedua yg memberi khabar duka yg langsung meranapkan impian ana utk lihat Farah kembali sembuh.. Farah telah menghembuskan nafas terakhir.. Sungguh ana sedih.. Teramat sedih.. Tak duga rupanya ana hanya sempat melihat jasad Farah..Namun, ana teramat bersyukur diberikan kesempatan utk menatap wajah Farah buat kali terakhir..
Farah merupakan anak kpd cikgu ana dan merangkap junior ana ketika di Sk Convent Kota Taiping.. Nk kata rapat, perkenalan kami hanya biasa..mungkin kerana jarak usia..Namun, ana terlalu menghargai setiap insan yg pernah hadir mewarnai hidup ana..Perginya Farah kini tidak kembali dan tidak mgkn berganti.. Takziah buat keluarga Farah, terutama buat kedua ibubapa Farah, Pn. Azawiyah dan Pak Cik Jamil serta adik-adik Farah (Elyna, Lokman dan Mustaqim).. Doa ana sentiasa mengiringi kalian sekeluarga, insyaAllah..
Semoga dgn ujian yg diberikan, gugurlah segala dosa2 Farah dan kembalinya Farah menghadap Yang Maha Pencipta dlm keadaan bersih suci, insyaAllah.. Moga Farah ditempatkan di jannah-Nya dan sentiasa dlm rahmat kasih dan syg Allah....AMIN YA RABBAL'ALAMIN....
p/s: sesungguhnya kita hanya pengembara di dunia ini.. sama2lah kita mencari bekalan secukupnya utk menempuh kehidupan di sana yg kekal abadi.. sesungguhnya semua muslim adalah bersaudara.. Sama2 kita ingat-mengingati sesama kita.. Sebagai muslim, ana syg kpd stp saudara2 ana..InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment