Thursday, July 8, 2010

.::Al-Fatihah Buat Cg. Latifah::.

Jam 630ptg td, ana terima 2 sms dr Sue memberi khabar duka ttg pemergian cikgu kami ketika di SMK Taman Tasik Taiping, Cikgu Latifah.. sguh ana terkejut dgn berita ni dan ana pasti bkn hny ana yg rasa begitu, malah semua individu yg mgenali cikgu juga pasti terkejut..

lps dpt info dr sue, ana kol mama dan kitorg grk ke bilik mayat, hospital taiping.. (pgalaman bersama mak dl byk mgajar ana..)

alhamdulillah, mlm ni ana berpelung melihat wajah cikgu dan apa yg plg memilukan hati ana bila tgk sdiri keadaan kepala cikgu ana yg parah dgn pakaian kerja cikgu yg dh bermandi darah.. Ya ALLAH, tabahkan anak2 dan suami cikgu Latifah menerima ketentuan-MU..

Cikgu Latifah yg kini merupakan pengetua di SMK Sg. Bayor, terlibat dlm kemalangan jln raya di jln pondok tnjung (arah taiping)..  ana difahamkan cikgu terbabit dgn kemalangan lbh kurang jam 3ptg apabila tayar kereta cikgu tiba2 meletup dan cikgu gagal mengawal kereta yg dipandu lalu kereta tersebut berpusing sebelum melanggar tiga tiang elektik seblum yg terakhir melanggar pokok durian berdekatan sebuah gerai mkn.. kereta cikgu remuk dpn dan blkg.. cikgu pergi menemui PENCIPTA beliau di tmpt kejadian.. ='(

ana berpeluang lihat gmbr yg dirakam oleh seorg guru yg bergegas ke tmpt kejadian sbaik mendpt khabar tersebut.. gmbr2 anggota bomba sdg berusaha mengeluarkan cikgu ana dr kereta beliau yg remuk dan berakhir dgn gmbr cikgu ana terbaring kaku disebaik plastik hitam.. bukan mudah menerima hakikat itu cikgu yg pernah membimbing ana dl.. ='(

sayu bila tgk gmbr bungkusan mee berterabur dlm kereta.. ana difahamkn cikgu bercdg utk masak mee tersebut sbgai juadah berbuka puasa.. Maha Suci ALLAH, cikgu pergi dlm keadaan masih berpuasa.. ='(


.....Imbas Kembali 9 tahun lalu.......




ketika itu ana aktif dlm pasukan Elit-5 Puteri dan cikgu Latifah merupakan guru penasihat bg pasukan Elit... stp ptg kitorg akan ada latihan kawad, dan cikgu akan turut trn padang tgk kitorg berlatih.. ada ketikanya cikgu akan bungkus mknn dan jamu kitorg.. di bawah seliaan cikgu Latifah dan cikgu Wan Aznee pd ms itu, pasukan Elit 5 berjaya mara sehingga ke peringkat kebangsaan...

kenangan dgn cikgu Latifah yg plg ana x lupa ms pasukan ana di hantar ke Ipoh utk persembahan kawad ketika m'yambut PM pd masa itu, Tun Dr. Mahathir, di stadium Indera Mulia..

kami bermalam di sebuah sekolah cina di ipoh utk 3 hari 2 mlm kalau x silap ana.. ada insiden yg berlaku dan selepas insiden tersebut cikgu Latifah dtg borak ngn ana dan kwn2 atas katil ramai2.. cikgu Latifah ckp dia pandai bc perangai org dr raut wajah org tue.. so, dia tafsir la perangai kami stp sorg.. smp skrg ana ingt tafsiran cikgu ttg fe'el ana.. =')

dkt ipoh kitorg dibahagikan kpd dua bilik.. so ana dan 'geng2' ana sengaja pilih bilik yg xde cikgu pgiring sbb kalau tidak susah nk buat perangai.. tp kedua bilik tue bersebelahan.. maka byk kali la cikgu Latifah dtg marah sbb bising.. cikgu suh tutup lampu dan tdo.. so kitorg smbg pulak dlm gelap..

entah kali ke berapa cikgu Latifah dtg sergah, sudahnya kitorg yg sume nakal2 ni amek beg byk2, dan letak dpn pintu supaya cikgu Latifah xblh masuk lg.. Ya ALLAH bila teringt blk, rs nakal sguh ana masa tue..

nk jd cerita mlm tue jugak ada kwn ana terkena sampuk.. kitorg yg lain dh mula kecoh2.. cikgu Latifah dh mula ketuk pintu dan kitorg ni dgn xtau malu, mtk juga tlg cikgu Latifah..

xpasal muka cikgu kena ludah mlm tue dgn kwn ana yg terkena sampuk tue.. tp cikgu tetap tlg.. cikgu bacakan Yassin smbl pegang ubun2 kepala kwn ana smp dia tertdo blk dan sapu muka dia dgn air yg dibacakan ayat Quran.. yg kitorg ni dh mencecet g lari katil yg jauh sket dr kwn ana td.. lgsg xterfikir nk sama2 bc Yassin dgn cikgu.. ='(

di ipoh tue juga ana demam panas.. tp dlm ms yg sama ana tetap nk masuk baris.. dr rehearsal cikgu dh tny blh tahan ke.. ana ckp blh.. tp smp satu tahap ana dh rs gelap.. cikgu dtg pegang ana.. ms hari perbarisan sebenar byk kali cikgu dtg tny keadaan ana.. dlm ana berdiri terpacak tue, kejap2 kang cikgu dtg sapukan minyak cap kapak kt kepala n hidung ana.. wpn cikgu Latifah garang, tp dlm garang dia ttp ada syg.. dan tentunya ana pn syg cikgu..

cuma ana terkilan dgn diri sdiri bila kali terakhir tserempak dgn cikgu Latifah dl, ana teragak2 utk menegur.. ana risau slh org maka, ana amek keputusan tak pegi slm cium tgn cikgu... cikgu tgk je ana.. Ya ALLAH, harapnya cikgu tak kecik ati.. ='(

.

.

.

.

.


kini tanggal 8 julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431H, ana kehilangan seorg cikgu dan merangkap part-tym mother utk kami para pelajar beliau.. bg ana pemergian insan yg ana kasihi ini terlalu tragis.. perginya tidak berganti dan terlalu mgejut..

rata2 org yg berhubung dgn cikgu di hujung hayat beliau ckp cikgu xbyk berckp.. tak seperti slalu.. Maha Suci ALLAH..sesguhnya tanda2 tue kita hny perasan selepas sesorg tue meninggal dunia..

Mohon shbt2, senior2, jr2 dan sesiapa shj yg mengenali cikgu Latifah, sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah sebgai cenderahati kita buat cikgu yg pernah mendidik kita dan mewarnai kehidupan kita.. kalau ada yg pernah kena marah dgn cikgu, maafkanlah cikgu seikhlasnya.. jgn di simpan di dasar hati.. sesguhnya marah beliau menandakan beliau syg.. secara jujur, ana rs bertuah pernah kena mrh dgn cikgu2.. tue tanda cikgu perasan kewujudan ana

buat shbt2 yg ingin memberikan penghormatan terakhir buat cikgu Latifah, cikgu akan di semadikan pd jam 10pg esok.. jenazah cikgu telah dibawa pulang ke kediaman cikgu pd jam 930mlm td..

utk yg tgl jauh, alhamdulillah kiranya dpt disedekahkan Yassin buat cikgu.. sesungguhnya kita belum tahu pengakhiran hidup kita..

5 comments:

azwinyusof said...

Innalillah...ya Allah, mcm xpercaya jer..mcm baru smlm rasa dia tengking2 aku..isk.tp memang, walau marah2 pun dia penyayang..

and aku ingat dia selalu jugak buat lawak antarbangsa kalau masa tgah2 sembang dgn dia...dia bestt..sempoi..sedih nye laahhh...Alfatihah

AiMaN HaDi said...

awin:
sguh awin.. semua tue rs mcm br je.. seronok sgt kalau dpt dgr lawak antarabangsa cikgu..

tp kadang2 sj cr pasal nk kena tengking.. kenangan manis win.. smp bila2 xleh tukar ganti..

ak sedih win... ='(

farahnadia said...

='(
ms ak trm berita kematian arwah..ak terdiam..kaku..speechless..
pantas memori terakhir ak dgn cikgu latifah berlegar di depan skrin otak ak..dan peristiwa ms kt ipoh dgn elit 5 putri..tu lah kenangan terakhir ak dgn 'mama' latifah...
='(
8 julai..akn ak kenang smp bila2.sbb pd tarikh yg sama hari lahir mak ak..


hati ak berbisik-bersedia kah ak andai ak diuji dgn sebuah kehilangan yg pasti..?
=(

*ya allah kau tmptkn lah mama kmi bersama org yg soleh..amin..

AiMaN HaDi said...

farah:
bufday mak ko farah?? Ya ALLAH sdihnya.. stp thn mesti ko nnt2 kn tarikh tue utk rai mak ko.. tiba2 thn ni, kita semua menangis krn kehilangan seorg guru yg sgt dedikasi.. guru yg x menjarakkn dri dr pelajar2 dia... sentiasa sedia utk mendidik..

kita xdpt timba ilmu secara formal dgn cg, tp kita belajar nilai hidup yg smp harini kta guna dan bg kesan dlm kita meniti hari2 mdtg..

tiada lain yg ak harap skrg slain ALLAH redha cg dunia akhirat, dan inginkan hanya yg terbaik utk cg.. dh xde cara lain kita mampu bls segala jasa2 cikgu.. ='(

farahnadia said...

tu lah..aturan allah tu cantik.. dari terciptanya kenangan kite bsama2 dgn arwah sampai ke akhir hayat arwah..sentiasa dekat dgn hati kite..
smoga arwah tenang disana.amin..