Saturday, March 6, 2010

.::Lg Isu Halal::.

Petikan dr kosmo: MAIS haramkan logo halal swasta

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

Mohammed Khusrin menunjukkan sijil halal yang diharamkan (kiri) dan sijil halal yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.


Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.


Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

.

.

.

.

.

Dari petikan berita dr utusan malaysia memberitahu bhw denda bg pemilik restoran yang menggunakan perbahasan halal tetapi menjual produk tidak halal didenda sehingga RM250 bg kesalahan pertama dan RM500 bg kesalahan ke dua...

berapa denda kalo buang sampah merata-rata ek???????

4 comments:

Anonymous said...

salam

kenapa tidak keluar dlm suratkhabr utama seperti Utusan dan NST?mcna skrang dgn kedai makan yang masih menggunakan logo2 tersebut?adakah setiap kedai itu menerima notis yang sama?berapa lamakah tindakan ini akan berkuatkuasa?dalam tinjauan saya di Summit,Subang Jaya kedapatan hampir semua kedai makanan disertai logo yang dipertikaikan kecuali KFC yang menpunyai logo JAKIM.Adalah penting juga kerjasama Pihak Pengurusan Bangunan memastikan salah satu syarat pembukaan kedai dipermisnya memenuhi dan mematuhi salah satu kehendak prosedur LOGO..termasuk kedai Melayu yang adakala kelihatan kotor,pekerjanya berbau badan,merokok ketika bertugas ...maaf saya menyebut di sini..adakalanya saya rasa berada di negara asing..nampak senang dpat makanan tapi tapi keraguan tetap ada..Jab.Kesihatan patut meningkatkan pemeriksaan kebershihan dan jangan segan silu mendenda setiap premis..kadar denda harus tinggi dan tiada kompromi.

AiMaN HaDi said...

anony:
salam

syukran memberi komen.. berita ni ada juga dlm akhbar2 utama.. setuju dgn saudara.. harap pemantau ni bkn hny 'bermusim' shj..

Anonymous said...

a'a la...dende buang sampah merate pon mahal lagi...isu halal haram ni lagi remeh dari sampah sarap ke?huh

AiMaN HaDi said...

Cikin:
Wa'llahhualam... bgaimana judgement dorg pn xphm