Sunday, August 30, 2009

.::Al-Fatihah Buat Mcik Zabidah (4 Ogos 1969 - 29 Ogos 2009)::.

x . x . x . x . x . x . x . x . x . x
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (34:Al-A'raaf)

(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (67-68:Yassin)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185:Ali-Imran)

x . x . x . x . x . x . x . x . x . x



Sungguh ana sedih dgn kehilangan yg tidak disangka2 ini.. umpama mimpi segalanya berlaku.. namun, siapa ana utk menidakkan suratan yg tlh ditetapkan di Luah Mahfuz.. sesungguhnya, ALLAH Maha Memiliki.. betapa kte syg pd sesorg atau sesuatu, ianya ttp milik hakiki ALLAH Taala...

Semalam, tanggal 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430H, kembalinya Mcik Zabidah Ahmad, jiran sebelah umh ana pd usia 40thn (tepatnya 40thn 25 hari) ke rahmatullah..yup kata org, life begin at 40..tp Allah SWT dh ingtkan awl2, tidak mustahil utk kte dipanggil 'pulang' sebelum sempat kte merasai kembali menjd lemah (tua).. Takdir Allah, lahir dan perginya Mcik Zabidah di bulan yg sama..



Seminggu..

I2 lah tempoh yg diberikan Allah SWT agar sume yg menyayangi Mcik Zabidah utk bersedia menerima pemergiaannya..

Selama ni, Mcik Zabidah seorg yg sihat.. sakit seperti demam dan migrain i2 hny common disease.. namun, tanggal 22 ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H hari Sabtu, ketika br meneguk air utk berbuka puasa, Mcik Zabidah tiba2 tersedak dan terus tidak sedarkan dri.. jthnya beliau seolah2 org yg sdg lena tdo.. mujur sempat di sambut Pcik Zambry (suami beliau)... ketika dlm perjlnan ke hospital taiping (dlm ambulans) denyutan jntg Mcik Zabidah dikatakan terhenti kira2 5-10 min.. tlh ditetapkan ALLAH, blum msnya utk Mcik Zabidah pergi, denyutan jntg beliau dpt kembali di kesan...

Namun, dlm tempoh smggu, keadaan Mcik Zabidah ibarat sleeping beauty.. ana lihat beliau begitu lena di pembaringan.. lgsg tidak memberikn apa2 tindak bls.. malah denyutan jntg juga terpaksa di sokong dgn mesin bantuan hyat.. dgn ancaman virus h1n1 yg kian menular kini, doktor tidak menolak kemungkinan Mcik Zabidah turut di jangkiti virus ini dek krn rekod kesihatan Mcik Zabidah slama ini amat bersih.. dek krn i2 juga, Mcik Zabidah tidak di benarkan menerima pelawat dan kami hny blh melihat beliau dr luar blk kaca.. (huhu..ana amat sgt nk masuk dlm tgk Mcik Zabidah dr dekat sebenarnya..) sayu ati tgk insan yg seharusnya sentiasa ditemani di sisi dan diperdgrkan dgn ayat2 Al-Quran sebagai penguat smgt utk melawan penderitaan hny terbaring sendirian... Ya ALLAH, bgaimana rezeki ana nnt? ='(

Semlm, jam 4ptg, ketika ana dan abg br tiba di perkarangan hospital, anak Mcik Zabidah khabarkan ttg keadaan Mcik Zabidah yg tenat.. kami bergegas naik ke tgkt 2.. terlihat mesin perenjat jntg diusung masuk ke bilik beliau.. Ya ALLAH.....tak dpt di bygkan betapa siksanya rs tatkala tubuh di renjatkan sebegitu rupa... Pcik Zambry nyata sudah tidak kuat utk menghadapi saat2 getir tersebut.. tergambar seribu kekusutan dan titisan airmata sedia utk mengalir.... Namun, beberapa ketika selepas i2 denyutan jntg Mcik Zabidah kembali dikesan...

Abg naik maklumkan pd baba dan baba kemudiaannya setia menemani Pcik Zambry utk mengurangkan kekusutan beliau... setelah segalanya stabil, ana dan abg bergerak ke bazaar Ramadhan utk mencari sedikit juadah utk di bawa berbuka bersama di rumah Maksu..

jam 545ptg, ketika ana dan abg otw kembali ke hospital, ana terima panggilan dr baba memaklumkan Mcik Zabidah dah kembali ke rahmatullah officially jam 510ptg td.. Sgguh ana sebak.. ana rs kehilangan... 13thn ana diizinkan ALLAH berjiran dgn Mcik Zabidah sekeluarga..pernah bertukar2 juadah.. bersapa mesra setiap kali terserempak.. insan yg memanggil ana dgn panggilan 'kakak'... huhuuuuu..... ='(

kali terakhir ana bersembang pnjg dgn Mcik Zabidah tym kitorg sama2 ampai kain kt luar (masing2 ampaian kt border tembok umh yg memisahkan umah kitorg).. Mcik zabidah tny ttg perkembangan ana di um.. tny berapa lama lg study.. ana lak tny anak sulung beliau study kt mana.. pas2 ble tau dl ana pn dak convent, Mcik zabidah tny dl mcm mana ana blaja kt convent.. dia lahirkan rs riso ttg study anak dia..tp ana ckp as long as sekolah kt convent, jgn iso ttg xcukup latih tubi.. mmg terlebih.. Mcik zabidah pn mengiyakan n gto anak dia selalu tdo lmbt siapkan hwork... pas2 Mcik tny pekembangan kesihatan mak ana.. huhuuuuu.... ='(

dan kali terakhir yg btol2 akhir ana tgk Mcik Zabidah sihat dan mampu bergerak aktif, waktu ambulans dtg umh ana utk kejarkan mak ke hospital.. berlari Mcik Zabidah dtg ke umah ana dgn pakai tudung krim n t-shirt putih... sungguh ana ingat saat 2.. ='(

Jenazah Mcik Zabidah telah selamat diuruskan yakni dimandi dan dikapankan usai solat maghrib dan disolatkan usai solat sunat tarawih di masjid assam kumbang mlm smlm.. (SubhanaALLAH, betapa bertuah dan kasihnya ALLAH pd Mcik Zabidah krn dipanggil kembali dlm bulan yg dijanjikan berkat ini dan mendapat jemaah yg ramai utk solat jenazahnya) dan kira2 jam 12tghmlm brgkali jenazah Mcik Zabidah slmt dikebumikan di tnh perkuburan tekah (same as farah)..

No more Mcik Zabidah yg akan tgur ana dr umh sblh aft dis.. ana xkn dpt tgk wajah Mcik Zabidah yg pd ana sgt cantik ALLAH ciptakan... ana akan merindui Mcik Zabidah of cos..

Ya ALLAH, Tuhan yg Maha Penyayang..Maha Pengampun..Ampunilah dosa2 Mcik Zabidah..cucurilah rahmat-Mu ke atas roh beliau... lapangkanlah kubur beliau..terangilah kubur beliau dgn cahaya-Mu.. tempatkanlah beliau di jannah-Mu bersama2 para soleh dan solehah... dan Engkau tabahkanlah hati suami dan insan2 yg menyayangi dan terkesan dgn permergian beliau... Sesungguhnya tiada daya upaya kami utk bangkit kembali dr rs kehilangan yg amat mendalam ini melainkan dgn izin-Mu Ya ALLAH...



p/s: ana terkilan xdpt peluang nk cium Mcik Zabidah tanda perpisahan terakhir ms kapan smlm.. hny tatap wajah beliau dr sebalik org ramai ='(

No comments: