Friday, July 31, 2009

.::Cukuplah Kematian Sebagai Peringatan::.


Bkn sekadar ungkapan...

Ada hadis atau mutiara kata (ana kurang pasti) memperkatakan bhawasanya, org yg bijak adalah org yg byk mengingti mati.. dan berlebih2 bijaknya seseorg, jika mengambil segala langkah utk mempersiapkan bekalan utk alam yg seterusnya..

Dgn mengingati mati, blh melumpuhkn segala nafsu nafsi yg ilhamnya dr syaitan.. lumpuh sgala rs ingin moody, rs dengki, hatta rs ingin berbuat maksiat samada terang2an mahupun bersendirian, kononnya... apa yg tgl, hny rasa agar diri ini dikenang sebaiknya setelah tiba saat melangkah ke sebelah sana garisan..

renung2kan, saat ini kita menyakiti insan lain, samada secara fizikal mahupun emosi, kita runtuhkan segala tembok kesabarannya.. ingin ana bertny, salah siapa jika tembok kesabaran i2 runtuh?? si pemilik kesabaran dek krn tidak pandai mengawal perasaan, atau si pencabar kewarasan??



bygkan saat i2 kita dijemput ajal.. ok, ini mgkn mudah krn insan yg kita zalimi samada kita sedar atau tidak i2 masih mampu memaafkan, bgaimana jika insan i2 yg dijmpt ajal? mampukah dia menghadiahkan sebuah kemaafan sbagai hadiah perpisahan abadi???

sama kisahnya jika berbuat maksiat.. saat dan ketika dri sdg asyik melayan nafsu duniawi, kita di datangi malaikat Izrail.. apakah ada borang penangguhan yg mampu diisi utk dipertimbangkan kelulusannya?? saat nikmat pancaindera kita slh gunakan, masih layakkah kita utk memohon agar Allah SWT tidak mengambil nikmat i2??

cthnya amat mudah, saat nikmat tgn masih di anugerahkan, kita gunakn utk mengambil yg bkn hak, kita sekeh o cubit kanak2 yg belum baligh dek krn stress kononnya... kita guna nikmat kaki dgn melangkah ke tmpt2 maksiat.. bgaimana jika nikmat i2 diragut sekelip mata dlm kemalangan cthnya??

kita tegar tidak menghargai nikmat ukhwah yg terjalin.. kita pandang enteng.. kita bersifat dendam atas kesalahannya yg lampau samada sedar atau tidak.. bagaimana jika shbt i2 di panggil terlebih dahulu kembali mengemui Ya Rabb?? bergunakah penyesalan sesudah i2?? adakah kala i2 baru timbul rs besarnya jasa si polan pd ana berbanding salahnya yg sebesar hama jika hendak dinisbahkan...??


runtuhnya ukhwah bila kurangnya komunikasi..

maka bisikan syaitan menimbulkan spekulasi..

ayuh saudara, kita runtuhkan konspirasi..

di kubur nnt kita hny sepi sdiri..


manusia dibezakan pd pandangan ALLAH berdasarkan tingkat imannya..bkn pangkat, bkn ilmu dunia, bkn harta berkoyan2.. tp siapa yg blh ukur paras iman dri sdiri hatta insan lain?? siapa yg berani mendabik dada mengatakan ana lebih beriman dr anta/anti krn hari ini ana dh khatam Quran 3x dan memberi kuliah lbh 10x, cthnya..

pernahkah kita membaca kisah seorg pelacur yg dijanjikan syurga oleh ALLAH dek krn keikhlasannya memberi minum seekor anjing yg kehausan.. ayuh kita pegang kisah ini sebagai peringatan..


indahnya hikmah penciptaan oleh Allah SWT.. ALLAH sembunyikan suratan di lauh mahfuz agar kita makhluk yg hina stiasa berwaspada.. ramai ant. kita gemarkan jln cerita bercorak thriller + mystery, nah, sedarlah bhawa pengakhiran kita juga suatu misteri.. harapnya agar rungkaian misteri perjlnnn hidup ini berakhir dgn 'happy ending'...

pandanglah dunia ini sbagai satu medan utk kita bina network di mahsyar kelak.. kita xtau siapa ant. teman yg mgkn menjadi penyumbang timbangan amal kita kelak.. berkasih syglah krn ALLAH, dr situ dtgnya redha dlm perhubungan..

sedarlah bahawa ALLAH memegang hati setiap kita, makhluk..dan DIA mampu membolak balikkan hati samada ke arah +ve mahupn -ve berblk pd amal hamba... doakan kita sama2 semakin dkt dgn redha-Nya hingga ke akhir hari kita..


p/s: ana amat mengharap teguran hikmah dr kalian insan bergelar saudara, shbt, mahupun kenalan..

p/s/s: ketahuilah saudara, shbt, mahupun kenalan, kehadiran kalian dlm garisan hidup ana, memberi seribu satu erti buat ana walaupn hadirmu hny sebabak cuma..

No comments: