Sunday, May 10, 2009

.::Takziah::.


usai solat asar td, msg tipah masuk memberi khabar ttg pemergian sorg kenalan pd teman ana, intan (int), kembali menemui Yg Maha Pencipta...

semasa membelek akhbar pg td, ada juga ana terbaca sepintas lalu mgenai kejadian lemas di ipoh lbh tepat di kaw. perkelahan air terjun lubuk timah... namun ketika i2 ana cuma melafazkan "inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un" dek krn sedar bhw mangsa merupakan saudara seagama ana.. tidak terlintas ketika i2 di satu sudut lain, teman ana sdg berduka dgn tragedi tersebut...

Buat int,

"ak tau dia yg pergi i2 insan yg memberi seribu erti dlm idop ko...
tabahkan hati mu teman...
ak sedar ko kini pasti serabut...
sedih yg amat...
ak juga yakin dia yg pergi i2 tentu baik perilakunya...
baik amalnya...
sama2 kte doakan yg terbaik buat dia di alam sana...
ak xmampu nk berada kat cc ko..tenangkan ko...
tambahan pula buat ms ini ko pinta ruang utk tidak diganggu...
tapi ketahuilah teman, ak sentiasa doakan yg terbaik buat ko...
tabahkan ati..kuatkan semangat...
esok permulaan hari br utk ko...
ada hari besar menunggu ko esok...
sentiasalah berdamping dgn-Nya agar ko lekas meraih smula semangat yg ilang...
letakkanlah segala2nya pd-Nya...
bkn Dia xtahu ko sedih...
namun pasti kerna Dia tahu ko mampu hadapinya...
kalo tidak di sini, ak yakin ko akan bertemu kembali dia di sana...
InsyaAllah........"


p/s: Al-Fatihah buat Mohd Norshahrul Nizam Shahrudin... dr Allah kte dtg dan hny kpd-Nya kte dikembalikan...


Updated 11/5/09

petikan laporan akhbar harian metro....

IPOH: “Mereka berdua bersungguh-sungguh mengajak saya berkelah di kawasan kolam air panas Lubuk Timah sehari sebelum kejadian.“Saya tidak sangka ia petanda mereka akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata Helmy Aslam Mohd Yusof, 21, rakan dua pelatih semester empat Kolej Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, yang meninggal dunia akibat lemas di kawasan perkelahan Lubuk Timah di Simpang Pulai, dekat sini, petang kelmarin.Mayat Mohd Shah Rezzal Mohd Yusof, 21, dan Mohd Shahrulnizam Shaharudin, 22, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat Ipoh di kawasan kolam air panas itu antara jam 5.25 petang dan 5.35 petang kelmarin.Mayat ditemui selepas satu gerakan mencari mereka dilancarkan sebaik dilaporkan lemas kira-kira jam 1.30 tengah hari hari sama.

Helmy berkata, rancangan untuk berkelah dibuat beberapa hari sebelum kejadian memandangkan mereka baru tamat menduduki kertas peperiksaan akhir semester Jumaat lalu, namun dia tidak berminat menyertainya.

“Malam sebelum kejadian, kami bermain bola sepak dan Mohd Shah serta Mohd Shahrulnizam beberapa kali mengajak saya berkelah bagi meraikan tamatnya peperiksaan akhir semester.

“Namun, saya berkeras tidak mahu mengikuti mereka,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam kelmarin.

Katanya, dia bertemu kedua-dua rakannya itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin sebelum bersiap untuk ke kawasan perkelahan berkenaan, namun tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka bertiga.

“Saya lebih rapat dengan Mohd Shahrulnizam kerana kami berdua pernah mengambil Diploma Sains di Kolej Unikop dan arwah seorang yang baik serta cemerlang dalam bidang akademik.

“Arwah juga seorang yang kuat agama dan dia rajin mengikut saya pulang ke kampung di Paroi, Negeri Sembilan, untuk menghabiskan masa cuti semester,” katanya.

Helmy berkata, Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam pergi ke kawasan perkelahan itu bersama lima rakan lain.

Beberapa jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan kedua-dua rakannya dipercayai mati lemas.

“Saya difahamkan, mereka berdua termasuk seorang lagi rakan, Afzan Aizad Jalaluddin, 21, mandi di tempat paling tinggi di kawasan perkelahan itu.

“Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam dipercayai mandi di kawasan cetek sebelum dibawa arus menuju ke pusaran air berhampiran di situ.

“Saya juga diberitahu Afzan cuba menyelamatkan mereka berdua, namun gagal. Afzan yang kini berada di Wad Kecemasan masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, Khairuddin Mohd Azhari yang juga tenaga pengajar Mohd Shah Rezzal dan Mohd Shahrulnizam menyifatkan kematian mereka mengejutkan seluruh hospital itu.

“Mereka berdua antara pelajar cemerlang dan tidak pernah menimbulkan masalah ketika sesi pembelajaran, malah rajin membantu rakan lain yang tidak faham dalam pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui di dasar lubuk selepas dilaporkan hilang tengah hari kelmarin.

“Polis meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa lemas yang kemudian dihantar ke HRPB untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Jenazah Mohd Shah Rezzal dibawa pulang ke kampungnya di Felda Maokil 1, Labis, Johor, manakala Mohd Shahrulnizam pula dibawa ke rumah neneknya di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan.

6 comments:

Farahana said...

kita doakan arwah termasuk dalam golongan puak kanan.. kepada intan.. ini adalah dugaan dan ujian dariNYA padamu..ana juga sgt sedih kerana x dapat berada disamping intan.. terima kasih kerana info ini(kawan intan)

AiMaN HaDi said...

farahana:
amin....trima kasih kembali krn m'ziarah.. =)

intan shafiqah said...

maaf...xsedr akan artikel ni...hmmm....sebak aiman...thnx coz tulis psal artikel ni...cukuplah kematian memberi kite pengajaran...

hmmm...intan akn ikat ngn dia thun depn insyaAllah...tpi dh jadi cmni, nk kate ap...jdOh kami tiada...

sungguh, nk jump insan mcm dia amt pyh sekali..lelaki yg baek...xdpt d nafikan...sebak biole mengenangkan adeq2 nye yg msih kecil...sebak bile pK arwah tiggl kn amant....sebak bile ingt ibu bapa dia...kenl ngn ibu bapa dia dlm keadaan cmni..sebak bile ibu bapa dia bhsakan diri mak n abah...

Ya Allah...kuatkan lah semgt ak...thnx aiman....thnx cOz b my frenz...farah, thnx cOz sntiasa suppOrt...

~serius, dia lelaki baek..sukr nk jump org mcm dia..~

jadikan sbgai kenangan yg terindah~

AiMaN HaDi said...

intan shafiqah:
int, dr cite ko ngn kwn dia dlm artikel 2 pn ak dpt jangka dia org baik... sbb 2 la Allah pgl dia seawal ni... meninggal muda ni byk kebaikan.. yg plg logik kte blh pk, meninggal muda ni kurang dosanya.. kte ni tiap2 hari bkk je mata, ade je dosa yg kite buat, baik kecik mahupun besar.. jd stiasa ingtkn dri, dia btl2 pergi sbb Allah syg sgt kt dia.. wallah'hualam..

shahz said...

stiap yg hidup...
pasti mati...bkn suatu kemungkinan.
buat Intan,takziah ku ucapkn..sbg sahabat seIslam..sm2 kte doakan mg arwah di redhai Allah n dimsukkan syurga...Sesungguhnya Allah pasti memberikan sesuatu khilangan dgn yg lbih baik (dr sgi ap???Waallhu'alam).redha dgn ketentuannya...mg kmatiannya mnjdikn kte lbih dekat pd Allah..Wallahu'alam

AiMaN HaDi said...

shahz:
insya-ALLAH..