Friday, October 31, 2008

.::Mari Kita Berpesan2::.

Masih ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan.....
"Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung, kalau tiada pergike kedai Maniam, kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong."

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian aku membeli guladan tepung di kedai Pak Mamat. Bertahun-tahun begitu, sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
"Beli di kedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subhat membina Muruga dan Dewa."

Kata Ibu:
"Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang."

Kata Ibu:
"Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang buka kita punya kedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedapdikedai Cina."

Kata Ibu:
"Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya tinggal di pinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang, bukit juga dibeli dibina kondo mewah. Melayu mahu tinggal di mana? Dalam hutan belantara?"

Kata Ibu:
"Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subhat,kucai di kedai Cina disiram najis babi.Kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing."

Kata Ibu:
"Jangan makan tokua (tauhu) kalau tak tahu siapa pembuatnya. Jangan makan mikalau Ah Chai yang membuatnya. Kalau makan makanan subhat,hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subhat. Hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa. Hati akhirnya mati. Kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan. Kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta. Dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala."

No comments: