Sunday, October 26, 2008

.::Detik Akhir Fatimah Az-Zahra::.

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.

Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

p/s: Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s.a.w. wafat (bersamaan 3 Ramadhan 11H) dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah.

Saturday, October 25, 2008

.::Open House Tipah::.

Arini dpt undangan ke open house tipah (tp kate tipah ni bkn open house jz mkn2..open house len) di n9.. ayoo..undangan yg xmungkin dilepaskn dikala diri xdiberi izin utk pulang ke kg halaman..hehe.. (tp senyap sudahh)

Mula b- dr kl kul 9.30pg bersama Ila, Yana, Pia n Hana.. Konon2 nye selamat la ada sorg budak nogori dlm keto ni ha..takdo lah sosat nk mencari rumah nye ha.. tp wal terbalik lah.. hehehe..seb bek x dgr ckp pia.. =b

Betol lah bak kate tipah.. ko dh kuar tol senawang 2 ha, dh dokat lah ngn umh ak.. lps tol, ko belok kanan, pas2 ko 'sotoret'...'sotoret'..'sotoret'..'sotoret', smp ko nmpk sekolah..pas2 ko 'sotoret' laghi.. hai kak, ble nk 'kona' nye??? wakakakaka.. adakah ni gaya nye seorg valuer bg arah jln?? hancuss... =)) tp, after ekau boghi n describe dlm msg, br clear..(xcept pia yg xto cara nk bc msg 2..hehe..)

Ending msg tipah, jz suh cr lorong E.. no umh nye bpe kak??? then, bgai kejutan letrik, pia teringt yg tipah pernah bgto pagar umh dia kaler oren.. ok, operasi mencari pagar umh kaler oren lak.. "ok, pagar org ni bkn oren ni..ni karat ni.." ant. dialog2 yg terdengr sepanjang nk mencari mana satu pulak umh nye.. wakakakaka =)) Setelah hampir meneka salah rumah, tiba2 nmpk ayah tipah dok dpn pin2 umh.. YES DA JMP!! TERRO R KITE!! =D

Maka kelam kabut la mak cik tipah sorg ni ha..sbb kitorg x inform nk dtg pepg.. dia baget kitorg nk dtg sblh ptg.. ape barang dtg semata2 nk mkn2.. bg la 'chan' kitorg nk curik resepi sama kak oii... =D tp, niat nk curik resepi cm xberhasil jer cz yg 'main' masakannye semua dh siap.. tgl nk potong2 aksesori nye aje.. haiyaaa...

Dipendekkan cite, juadah kt umh Tipah ni amat le best.. kitorg hentam smp 3 round.. nek sengkak perut.. (smp tym nk solat pn bertolak-tolak gara2 masing2 mcm xkonfiden blh ke x nk sujud ni kang..) =D ada laksa, lontong, nasi impit, rendang ayam masak lemak kuning (rs cm nk habis kn seperiuk je..wa..sodap), sambal bilis (terangkat wo smbl bilis mak tipah) ngn kek... Alhamdulillah, ada gak rezeki nk merasa lontong thn ni.. =D

Meriah suasana umh tipah sbb dh mcm tadika.. jd tmpt lepak ank2 jiran.. semua kecik2 dlm 3-5 tahun..comeyy je.. hahaha.. kitorg smpt la gak menculik sorg bdk ni.. xto la bpe umo nye..2 o 3 thn kot.. bdk laki ni amat le pemalu.. dok tunduk je kitorg kaco.. tipah dukung dia tunduk, kitorg usik2 pn dia tunduk, ngalahkn dak pompuan! hehehehe..tym nk culik dia utk tgkap gambo, mak dia smp kate, "ha, amek la ha" hahahaha.. abg dak ni jeling je..jeles le 2 kitorg jz posing2 ngn adik dia.. =b

Time ksih sgt2 kt mak, ayah dan tipah se'family' yg sudi menjemput kami ke rumah.. bak tema rasmi 2nd stove, "ermmm..marvelous"



eceh, muka yana xleh blah.. =)

eleleh..malu nye dia.. =)


bergambar kenangan bersama mak, ayah dan 2 org adik Tipah =)

kan dh kate, adik ni mmg amat pemalu.. =)

tet! dpt gak hahaha.. terbaring tipah nk snap pic ni..ngeh ngeh ngeh

perasan x muka adik bj biru blkg 2 mcm xpuas ati..2 la abg dak pemalu 2.. =)


p/s: Al-Fatihah buat Kak Karimah @ Halimah yg kembali ke rahmatullah pada 25 Okt. 2008 bersamaan 25 Syawal 1429H.. Ingt lg, sejak ana kecik arwah t'amat suke ngn nama ana.. pantang dpt tau family ana ada disatu tmpt yg sama dgn nya, arwah mesti cari ana.. perkara ni berlanjutan smp la ana dh besar ni ha..kerana minat, arwah mengabadikan juga nama ana pd salah seorg cucunya.. Doa ana, semoga Kak Halimah di tempatkn di jannah Allah dan sentiasa dlm limpahan kasih syg dari-Nya.. dari Allah kita dtg dan kpd-Nya kita dikembalikan..

Thursday, October 23, 2008

.::Kompang d Palu::.

Arini merupakan hari yg dinanti2....

HARI KOKURIKULUM UM bg sesi 08/09.. Seronok sgt.. pg2 lg lps sarap, trus gerak g DTC ngn Tipah..nk bg support kt aya, yana, liza, hana ngn intan.. dorg join silat cekak hanafi.. hahaha..kalakar sgt... spanjang dorg silat 2 ana ngn Tipah gelak x henti2... ada gaya potong roti, gaya m'gurut, mcm menari tengo pn ada gak..lawak2... (sori wei, da cuba nk kontrol, xleh =D ) Pny, nk bg support kat kengkawan pny psl, ana lmbt masuk kelas valuation.. tp lmbt mcm mana pn kena dtg gak, sbb Pn. Zai dh janji sape dtg arini dpt full marks for presentation smlm.. sape xnk wei... hbs je dorg perform, trus rempit aym ngn tipah g fak...

Smp kelas lwat 30min.. mcm besa, better late than never (cilok ayt tipah lg).. masuk kelas ikut pin2 blkg dgn selambanye.. perkara yg sering dibuat sejak zmn matriks dl.. huhu..ble nk berubah.. kalo x sbb ada kelas td, mau ana buat marathon tgk semua persembahan sempana Hari Ko-K taun ni..

Ptg nye, cg suh berkumpul kt DTC kul 1.45ptg, kul 2ptg br grk dr 2nd.. lmbt lg.. hee =) Smp je kt DTC smbil2 mencari parking nmpk la akak2 dan abg2 yg berbaju sedondon --> maroon 5.. hehe.. xlen, dak kompang le 2.. =D berkobar smgt rsnye.. After tandatgn kehadiran kt dpn dwn, kitorg terus menuju ke tempat berkumpul.. ceh, xde la lmbt sgt.. semua org pn dtg tara2 kitorg je.. hehe..slmt.. disbbkn smlm nye sewaktu rehearsal ana xdtg (sbb ada presentation valuation), maka arini dh lost..xto nk amek tmpt kt mana, xto nk kena buat apa dl, nk pgg kompang mcm mana tym nk nek pentas, dll.. seb bek ada kak enna ngn kak jannah yg tlg.. tq akak2 ku! =D

Setelah babak2 blur berjaya diharungi, maka, bermula la sesi training.. pak pak kepang kepang pang pung.. hehe..bangga je muka bila org keliling tgk2.. (tah2 dlm ati dorg dok kate kitorg memekak..wakakaka) memandangkan ujan semakin menampakkan diri, kitorg pn lari ke bhgan luar DTC yg berbumbung.. dpt lak cg sporting, sesi seterusnye penuh dgn sesi bergambar jela.. hehe... sonok sgt..

leka ngn sesi bergambar, sedar xsedar dh dkt sgt giliran kami utk perform.. mula la, muke semua mcm tertelan kapor.. bdn m'gigil la, nk g toilet la.. huhu..ngeri je rs... mcm ada rama2 dlm perut pn ada gak..

nek je pentas, trus dgr ada org jerit, "AIMAN!!!!AIMAN!!" wa..sape pny keje ni..malu!!! setel setup barisan semua, maka, bermulalah secara rasminye................hehehehe.. tgh2 dok m'gira pukulan kt ats pentas 2, nmpk le ila ngn berani n komited nye menjalankan amanah yg ana titipkan utk menangkap gambo..smp dpn pentas 2.. tq sgt2!! syggggggg makcik ila..hehehe =D

bila da fokus pegi ke len mula la lost..hehe..seb bek dpt cover.. hehehe.. ana mmg xnyanyi da le..miming je lebih..kes xhafal lirik..hahaha.. yg tau "kalau menebang, kalau menebang si pohon jati..." itu jela yg ana 'hapal'... =D tp APE YG PENTING?? yg penting nye matikan pukulan mesti sama.. jgn terbabas sudahh... =))

blk blik mlm nye, ym ngn sepupu ana yg sama2 di um, siap kutok2 kitorg lg.. kate kitorg muke masam eaa..ha, pas2 kate kitorg nari lagu ry 2 kelaka eaa...ooo..xpe2..xlama lg..thn dpn rs kan plak ye cik adik syggg!

dak2 perempuan pasukan kompang =)


ni le mamarazi nye.. =)


team silat cekak hanafi =)

wajah2 perkasa teman2 ana..


p/s: tahniah utk geng silat cekak hanafi yg m'jd juara pd hari tersebut..w/pn ana gelak smp pecah perut, tp 'ekceli' korg perform mmg best la..TERBAIK!!