Thursday, March 31, 2011

.::Saat Ini.....::.

.....rindu sangat dekat mak

Tuesday, March 22, 2011

.::Bad Day::.

fuh fuh fuh...

jiwa kacau je jenguk blog.. jenguk blog je jiwa kacau..he he he..

terus terang rasa hari ni bukan hari yang baik untuk ana.. tapi kenapa ya bila satu hari tu rasa tak menjadi, rasa macam semua orang sekeliling pun dapat rasa perasaan kita.. hish, tak suka perasaan ni...

tapi tak apa..setiap hari adalah hari untuk belajar benda baru.. walaupun tak menjadi, tapi ada benda yang dapat ana belajar.. alhamdulillah

di bawah ni adalah benda yang membuatkan ana tak senang duduk sepanjang 2 minggu yang lalu.. buat laptop ana 'hang' dekat 5jam kadang-kadang, dan dalam tempoh itu segala internet dan winamp di bekukan bagi memberi laluan kepada software yang berat ni untuk bergerak pantas (pantas ke kalau dari pagi bertemu pagi satu benda pun tak boleh nak siap? he he he)



sudahnya hari khamis lepas nekad balik kampung.. sebab utama pastilah sebab rindu ayahanda tercinta.. walaupun bila depan mata bak kata baba menyakitkan hati.. hahaha.. sweetlah baba ni... ^_^v

dan faktor kedua, sebab nak rembat laptop baba nak sambung buat 3D ni (laptop sendiri dah berat macam tuan dia..sob sob)

baba sampai naik tension sebab dua-dua laptop, kiri kanan, dok tala buat 3D sampai baba nak tengok blog orang dan tengok website segala jenis kereta pun tak dapat.. ^_-

tapi kepulangan kali ni rasa sangat berbaloi sebab kerja dapat di siapkan di samping macam-macam aktiviti dapat di buat bersama sepupu kecil yang dah sarung jubah konvo dulu daripada ana (elooo, macam mana interview tadi??).. paling penting sebab dapat memerap dengan baba minta itu ini.. (ha ha ha kata bongsuuuuu)

antara aktivitinya, sempat ke pejabat mak (syukur dapat kelihatan 'sasa' sepanjang di sana.. err, ana rasalah!).. syukran jazilan buat sahabat-sahabat mak yang melayan ana (dari kecil sampai besar nak kena layan budak nih..he he he) rindu pula dekat pulut inti makcik Ja.. 

eh ok, azan Isyak telah berkumandang.. (terus publish)





**Ya ALLAH, bagilah ana sentiasa mengingati kebaikkan orang pada ana dan melupakan keburukan orang pada ana..aminnnnn

Sunday, March 6, 2011

.::Dia Telah Pergi::.

rasa sangat sayu bila orang yang tidak pernah mengucap kata rindu secara nyata, tiba-tiba minta ana tengok wallpaper handphonenya.. wallpaper yang selama ini hanya paparan standard sahaja..

jelas ianya gambar dia bersama mak satu detik dahulu.. detik yang pasti paling kurang, telah setahun 3 bulan berlalu..

dalam gelap itu, menitik juga airmata ana.. nyata baba juga sangat rindukan mak.. T_T

dan hari ini, seorang lagi insan yang ana kenal sedari kecil, dan juga pernah menjadi bos mak satu ketika dahulu telah kembali ke rahmah ALLAH.. kembali menemui Penciptanya..Pencipta kita...

Boleh dikatakan semua rakan-rakan mak, ana rasakan sangat dekat di hati ana.. mana taknya, dari kecil merekalah yang rajin melayan kerenah kanak-kanak ana tiap kali ana ikut mak ke pejabat.. dan apabila mak pergi, melihat rakan-rakan mak, membuatkan sebahagian besar memori ana pada mak kembali bermain di minda..

pagi-pagi hari ini, airmata ana menitis juga kerana satu memori itu telah pergi juga... 

Al-Fatihah buat mcik Wan Hazimah Wan Hariri.. di doakan mcik selamat sepanjang perjalanan pulang, bertemankan para solehin, diampunkan dosa-dosa, di redhai ALLAH selama hidup di dunia, di ambil kira segala amal kebajikan yang dikerjakan, di jauhkan dari azab kubur dan neraka.. Moga segala yang terbaik dikurniakan buat mcik di sana.. Juga buat bonda yang sangat ana kasihi dan rindui.. Amin.