Tuesday, August 23, 2011

.::Bebel-bebelan Amalan Mulia::.

Masya-ALLAH.. sangat terkena kejutan budaya saat masuk ke dashboard... bila berubah setting????  ana sampai kejang tak tahu nk klik mana nak taip post... ni jumpa-jumpa je terus gambarkan ke'jakunan' dengan menaip dekat sini...

update blog yang di 'follow' pun sempat nampak sekilas pandang tadi sementara page 'dashboard' nak berubah ke page 'compose' ni.. tapi rasanya cool jugakan setting baru ni.. nantilah ana 'explore', dah banyak tertinggal kapal rasanya...

dah lama tak masuk ke sini, mari kita 'update' tentang diri sendiri lah ya (blogger kena wajib ada perasaan macam satu dunia teringin nak tahu tentang diri dia kan kan kan)... *muntah*

pertama sekali ana nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana berlabuh sahaja tirai senja hari ini, bermakna telah 23 hari umat Islam yang lelaki di Malaysia berpuasa.. yang perempuan pun rasanya ada je tu yang cukup 23 hari.. =)

sangat pantas rasanya bulan Ramadhan ni berlalu...secara peribadi, ana sebak bila Ramadhan dah nak berakhir kurang seminggu.. dulu mak pernah cakap, "adik tahu tak, masa bulan Ramadhan, arwah tok, arwah wan, arwah anyah semua balik jenguk kita..masa ni lah ALLAH bagi mereka semua untuk balik jenguk kaum keluarga yang mereka sayang..jadi adik janganlah seronok sangat dok nyanyi lagu raya dan bertakbir sebelum hari raya.." hmmm.. tak tahulah sejauh mana kebenaranya..sesungguhnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI....dan sekarang mak disebelah sana garisan hidup.. maka bertambah-tambah sayu hati ana.. "jangan kata lagu raya, baju raya dan juadah raya pun adik tak fikir lagi mak" T_T

bab itu memang sungguh-sungguh ana lepaskan pada baba dan abang.. aci tak?? hehehe.. Alhamdulillah, ana rasa sangat bertuah dikurniakan hero-hero yang soleh tu.. kenal erti tanggungjawab dalam masa dunia sekarang makin tandus lelaki yang tahu akan tanggungjawab mereka... moga ALLAH memanjangkan usia baba dan abang lebih panjang dari usia ana.. amin ya RABB...

beberapa hari yang lepas, sebaik sahaja ana dapat slip keputusan yang terakhir, maka berakhirlah tugas ana sebagai 'undergradute student'.. perasaan? sangat lega yang pastinya... rindu zaman belajar? ikhlasnya tidak.. mungkin sebab dah terlalu lama.. tapi yang pasti, ana rindukan teman-teman ana sepanjang di sana... itu lumrahkan.. cuma untuk kita lebih menghargai sesuatu itu, kita kenalah tinggal-tinggalkan.. nanti bila bertemu kembali, insyaALLAH perasaannya pasti sangat membahagiakan =)





perkara terakhir yang perlu ana lalui sebelum berakhirnya alam ijazah ana adalah latihan industri a.k.a 'internship'.. dulu, semasa mula-mula terima tawaran UPU, mak yang sangat teruja.. sebab 'course' yang ana dapat adalah pilhan mak.. yang ana letakkan pada pilihan ke-7 daripada 8 pilihan ke semuanya.. 6 yang pertama semuanya untuk menjadi guru matematik sebab ana memang sangat jatuh cinta dengan subjek dan profesion tersebut.. dalam masa mengisi tu, mak minta satu pilihan tu isilah ikut pilihan mak... dan akhirnya itulah dia, ana letakkan di tempat ke-7 dan akhirnya memang itu yang ana dapat.. doa mak kan =)

sebaik dapat sahaja tawaran, nah terus mak memasang angan-angan.. "nanti bolehlah adik buat praktikal di pejabat mak kan.. nanti adik jadi bos mak lah.. bolehlah kita ke pejabat dan balik sama-sama..nanti kalau di pejabat adik nak panggil mak apa?" 



"mestilah adik panggil mak.."- ana melayan angan-angan mak...

dan bila sampai waktu dan ketikanya, ana nekad tidak memilih untuk praktikal di situ... biarlah kenangan tu abadi selamanya tanpa ana perlu hadir di pejabat itu dengan mengubah situasi yang pernah mak bayangkan =)



sudahnya ana pilih untuk buat di ipoh.. tempoh 2 bulan 6 hari tu dah pun berlalu dengan sebulan yan terakhir ana berulang dari rumah.. sungguh mencabar fizikal.. boleh kata kebanyakkan masa ana dihabiskan atas jalan raya.. macam mana pun ana rasa sangat bersyukur sebab rasanya ana tak tersalah pilih 'company' dan ada hikmah rayuan ana untuk tukar 'company' dulu di tolak oleh pensyarah.. =)

sekarang secara rasminya ana menjadi penganggur terhormat.. tapi tidak bermakna ana tengah buat 'job hunt'... kita relaks-relaks la dulu ye tak.. ewah..

bercakap tentang kerja ni, pada mulanya memang ikut perancangan, ana nak tumpu ikut bidang yang ana dah terjebak ni dan cadangnya nak kerja di sebelah utara juga, lagi dekat dengan rumah, lagi bagus.. tapi perancangan ALLAH yang terbaik kan.. makanya, ana redha kalau rezeki ana bukan lagi dalam bidang yang ana belajar selama ni dan nun jauh tercampak di hujung bawah Malaysia.. doakan yang terbaik yek, syukran.. =)

Thursday, March 31, 2011

.::Saat Ini.....::.

.....rindu sangat dekat mak

Tuesday, March 22, 2011

.::Bad Day::.

fuh fuh fuh...

jiwa kacau je jenguk blog.. jenguk blog je jiwa kacau..he he he..

terus terang rasa hari ni bukan hari yang baik untuk ana.. tapi kenapa ya bila satu hari tu rasa tak menjadi, rasa macam semua orang sekeliling pun dapat rasa perasaan kita.. hish, tak suka perasaan ni...

tapi tak apa..setiap hari adalah hari untuk belajar benda baru.. walaupun tak menjadi, tapi ada benda yang dapat ana belajar.. alhamdulillah

di bawah ni adalah benda yang membuatkan ana tak senang duduk sepanjang 2 minggu yang lalu.. buat laptop ana 'hang' dekat 5jam kadang-kadang, dan dalam tempoh itu segala internet dan winamp di bekukan bagi memberi laluan kepada software yang berat ni untuk bergerak pantas (pantas ke kalau dari pagi bertemu pagi satu benda pun tak boleh nak siap? he he he)



sudahnya hari khamis lepas nekad balik kampung.. sebab utama pastilah sebab rindu ayahanda tercinta.. walaupun bila depan mata bak kata baba menyakitkan hati.. hahaha.. sweetlah baba ni... ^_^v

dan faktor kedua, sebab nak rembat laptop baba nak sambung buat 3D ni (laptop sendiri dah berat macam tuan dia..sob sob)

baba sampai naik tension sebab dua-dua laptop, kiri kanan, dok tala buat 3D sampai baba nak tengok blog orang dan tengok website segala jenis kereta pun tak dapat.. ^_-

tapi kepulangan kali ni rasa sangat berbaloi sebab kerja dapat di siapkan di samping macam-macam aktiviti dapat di buat bersama sepupu kecil yang dah sarung jubah konvo dulu daripada ana (elooo, macam mana interview tadi??).. paling penting sebab dapat memerap dengan baba minta itu ini.. (ha ha ha kata bongsuuuuu)

antara aktivitinya, sempat ke pejabat mak (syukur dapat kelihatan 'sasa' sepanjang di sana.. err, ana rasalah!).. syukran jazilan buat sahabat-sahabat mak yang melayan ana (dari kecil sampai besar nak kena layan budak nih..he he he) rindu pula dekat pulut inti makcik Ja.. 

eh ok, azan Isyak telah berkumandang.. (terus publish)





**Ya ALLAH, bagilah ana sentiasa mengingati kebaikkan orang pada ana dan melupakan keburukan orang pada ana..aminnnnn

Sunday, March 6, 2011

.::Dia Telah Pergi::.

rasa sangat sayu bila orang yang tidak pernah mengucap kata rindu secara nyata, tiba-tiba minta ana tengok wallpaper handphonenya.. wallpaper yang selama ini hanya paparan standard sahaja..

jelas ianya gambar dia bersama mak satu detik dahulu.. detik yang pasti paling kurang, telah setahun 3 bulan berlalu..

dalam gelap itu, menitik juga airmata ana.. nyata baba juga sangat rindukan mak.. T_T

dan hari ini, seorang lagi insan yang ana kenal sedari kecil, dan juga pernah menjadi bos mak satu ketika dahulu telah kembali ke rahmah ALLAH.. kembali menemui Penciptanya..Pencipta kita...

Boleh dikatakan semua rakan-rakan mak, ana rasakan sangat dekat di hati ana.. mana taknya, dari kecil merekalah yang rajin melayan kerenah kanak-kanak ana tiap kali ana ikut mak ke pejabat.. dan apabila mak pergi, melihat rakan-rakan mak, membuatkan sebahagian besar memori ana pada mak kembali bermain di minda..

pagi-pagi hari ini, airmata ana menitis juga kerana satu memori itu telah pergi juga... 

Al-Fatihah buat mcik Wan Hazimah Wan Hariri.. di doakan mcik selamat sepanjang perjalanan pulang, bertemankan para solehin, diampunkan dosa-dosa, di redhai ALLAH selama hidup di dunia, di ambil kira segala amal kebajikan yang dikerjakan, di jauhkan dari azab kubur dan neraka.. Moga segala yang terbaik dikurniakan buat mcik di sana.. Juga buat bonda yang sangat ana kasihi dan rindui.. Amin.

Friday, February 18, 2011

.::Kami Marah, ALLAH Jawab::.

Assalammualaikum!

kita mulakan dengan lafaz mulia dulu ye.. lama sungguh tak balik menjenguk blog sendiri.. terlalu banyak kekangannya.. kesibukkan semester akhir tu memang terasa semenjak hari pertama mula semester lagi.. tapi ana suka perasaan begini.. sungguh!

dalam seminggu ni boleh kata setiap hari tidur dalam 2-3 jam.. bangun jer terkejar ke sana ke mari.. 

aip, siapa kata ana merungut?? sungguh ana suka dan ana nak hayati saat-saat ini.. inilah antara momen-momen terakhir ana di alam kampus ni.. selepas ini nak tempuh alam lain, alam yang tak pasti lagi keseronokannya..

cuma bila perasan sibuk macam ni, bila keluar makan dengan kawan-kawan, ada yang kata ana dah jadi pendiam.. adeh.. sangat-sangat minta maaf sebab jasad je di sana, tapi fikiran masih teringat pada kerja yang di tinggalkan..

.


.

.

.

.

bercerita tentang assingment, penentuan group semester ni memang terbaik.. ana suka sangat sebab lecturer dah buka mata.. tak ada lagi istilah semua group mesti bercampur bangsa dan jantina.. group kali ni memang group untuk masing-masing menimba ilmu sebanyaknya.. tak ada lagi yang tertindas (harapnya).. 

cuma ana harap masing-masing berlapang dada bila ada group yang ditabal menjadi yang TERbaik di antara yang baik.. ana yakin tak wujud isu pilih kasih.. jangan kita nafikan hak dia menerima pujian tersebut.. kepada group tersebut, tahniah.. memang ana yakin dengan kemampuan korang.. keep it up guys!


oh ye, untuk makluman, ana sangat rimas dan lemas dengan orang yang sentiasa nak menegatifkan semua perkara.. ayo kawan, come on, look at the bright sight..


.

.

.

.

.


untuk yang suka mempersendakan orang lain dalam bahasa asing, tolong hentikan.. sangat menjengkelkan.. jangan ingat orang yang dipersendakan tu tak tahu.. cuma terkadang paksa diri untuk MALAS ambil tahu.. sekarang teknologi dah canggih.. sekali google translate, nah ko! sila jangan hipokrit..dalam senyum ko boleh mengata ye...


.

.

.
.

.


sekarang ini tengah hangat isu PRK.. setiap tahun memang ana tak ambil pusing tentang PRK.. tapi kali ini ana dah hilang sabar..hari ni, semua pintu pagar baik kecil mahupun besar di tutup 24jam kecuali satu pintu di blok lelaki.. budak-budak fakulti kejuruteraan dan sains terpaksa pusing jauh dan perlu turun bukit, naik bukit dan turun bukit lagi untuk sampai ke fakulti.. memang sangat-sangat menyusahkan.. sudah sampai depan pintu pagar, kena pula tunjuk kad makan.. 


ana tak kisah kalau memang selama ini, inilah polisinya.. tetapi kenapa mesti hanya ketika PKR??? alasannya untuk pastikan keselamatan pelajar.. 


tak pernah ana dengar ada yang merusuh atau mengamuk sepanjang tempoh ini.. kalau tak mahu pihak satu lagi masuk ke kolej-kolej untuk berkempen, nah sila batalkan PKR.. kita tak perlukannya.. terus lantik individu pilihan pihak atasan, maka tak ada pihak yang kalah..


bila di soal, samapai bila nk jaga pagar ni?

jawab seorang penyelia, "emm kita kan jaga sampai bila-bila.."

balas ana, "ok, kita tengok!"

ye memang ana nak tengok mampu ke tidak dia nk kerja 24jam, 7hari seminggu! siang kerja sebagai pembantu makmal, malam bawa sampai ke subuh jaga pagar, jam 8 pagi kembali menjadi pembantu makmal.. dan begitulah seterusnya.. sampai ko pencen!

tapi tup-tup, 2 hari kemudian keluar notis, "Pintu pagar akan ditutup sehingga 21hb. Harap semua pihak bagi kerjasama.."

tolong jangan jadi hipokrit!


.

.

.

.

.


Hari ini, ketika cuaca panas terik, tanpa amaran awal, tiba-tiba muncul hujan ribut.. dan ini yang terjadi...



anda nampak apa yang terjadi??

pokok yang besar ini pun tercabut hingga ke akar-akarnya

kereta yang parking di luar selamat ye encik???? sila letak kereta anda juga di luar selepas ini in case ada kecemasan.. nnt xsempat pula nak berkejar kannnns..


alhamdulillah tumbang dengan simen-simennya sekali

strike!

.

.

.

lagi gmbr..kredit kpd saudara Hisyam Padzil









nota bermakna: tolong, sila, mohon ambil pengajaran.. kami tertindas.. doa orang yang teraniaya ALLAH kata apa ye?? 


**maaf lama tak menceceh, tau2 jadi membebel.. 
TAPI INI BUKAN RUNGUTAN KOSONG!

Friday, January 7, 2011

.::New Januarian Was Born::.

fuhh.. letih sungguh minggu ni.. baru beberapa hari balik ke kampus, hari ini cabut pula ke selatan.. hari tu sebulan dah kikis orang utara, sekarang masa nak kikis orang selatan lah pula kan kan kan.. ha ha ha

sebenarnya bukan apa, sementara ada kelapangan waktu ni, ana rasa ana nak luangkan dengan baba dan abang.. lepas-lepas ni tak tahu bila pula ada kelapangannya..

dalam hidup ini, kita hanya merancang, ALLAH sahaja yang MAHA MENENTUKAN.. ajal maut semua di tangan-NYA.. untuk elakkan rasa ralat di kemudian hari, mari kita around the world.. he he he

mujurlah ada seorang je adik-beradik, kalau tidak mau pitam nak berkunjung rumah setiap seorang..  dan sekarang, kita bersiaran dari desktop rumah big brother sebab malas nak menggangkut laptop kesayangan ikut sekali.. 

ok, ni jadinya kalau dah lama tak update blog.. mengarut sampai terkeluar tajuk..

3hb baru ini, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran kazen ana, lahir lagi seorang januarian.. tahniah akak nurul atas kelahiran putera sulung (ok-ok, macam geli je kan panggil ko 'akak'), Ammar Asyraf.. sedapkan nama dia.. ana memang sangat suka nama Ammar.. 

baru tengok gambar dekat facebook je.. sangat comel.. pipi dia gebu, rasa nak cium-cium je... tang bibir paling tak tahan.. ikut bibir mak dia.. cantik sangat..

kalau ikut tarikh due, 5hb, sama dengan mak ana, tapi baby dah tak sabar nak tengok dunia kot.. =)

masa atas bas tadi dapat msg daripada nurul.. ingatkan dia bersalin dekat kampung dia atau kampung suami dia, rupanya di KL je.. kalau tahu, awal-awal ana dah tercongok dekat hospital tu.. tak pe tak pe, minggu depan lari kejap pergi jenguk baby.. huaa, tak sabar.. rasa teruja sangat sebab nurul  antara kawan bengong-bengong rapat ana yang dapat baby dulu..


**6hb Jan - genap 17 tahun mak saudara kesygan ana kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah buat Anyah.. jasa Anyah jaga ana dari usia sehari hingga 7 tahun, insyaALLAH takkan ana lupakan.. walau tempohnya tak lama, namun kasih sayang yang pernah Anyah curahkan masih ana rasai hingga kini..

Wednesday, January 5, 2011

.::Januarian::.

3hb - ulang tahun satu-satunya kazen sebaya

4hb - ulang tahun seorang sahabat baik

5hb - ulang tahun bonda tercinta..

ini tahun ke-2 mak tak bersama pada tarikh ini.. namun, tarikh ini tetap di nanti.. tetap di hati.. 

selamat ulang tahun ke 51 mak.. 

sebab 3 tahun mak di usia 51?? 

sebab umur mak tidak meningkat lagi sejak detik 5.40 petang tanggal 21hb-12-2009... 

mohon para pengunjung di blog ini hadiahkan juga Al-Fatihah buat bonda ana di hari ulang tahun beliau.. keikhlasan anda, moga di ganjarkan jannah-NYA di sana kelak.. syukran jazilan..



dari hati di terjemah oleh keyboard: lahirnya tanggal 5hb-1 tahun masihi.. terbang pulang tanggal 4hb-1 tahun hijrah..