sedikit perkongsian berkaitan solat dan haid..
umum yg kita tau kalo dtg haid xperlu solat atau mengqadakan solat tersebut selama dtg haid.. apa yg perlu di highlight di sini ialah SELAMA DATANG HAID..
ade sesetgh dr kita tak tahu yang ada waktu solat yang perlu di qadakan.. sbkn simply burn mcm tue je.. sekadar nk berkongsi ilmu yg di copipes..
.
.
.
ehsan incik google |
Isu
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
Dalam perkara solat subuh pun sama :
perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
.
.
.
ni ana tambh sikit, sama juga halnya kalo kita dtg haid cthnya dlm waktu zhur, tp blum sempat tunaikan solat zhur, maka solat tersebut perlu di qada..
random 1: moga kita dpt berpesan2 agar ibadah yg kita lakukan menjadi lbh sempurna di cc ALLAH SWT.. jgn lupa, bersegeralah dlm mandi wajib..